Jalan dan suasana naik bukit Genting Highlands sememangnya menjadi pilihan kaki kereta dan motosikal. Lebih-lebih pada hari minggu, memang ramai tidak melepaskan peluang untuk menguji jentera masing-masing.

Baru-baru ini tular klip rakaman dashcam memaparkan sebuah Honda Civic yang sedang menaiki Genting Highlands terbabas dan terbalik di kiri jalan.

Baca Juga:

Kejadian yang berlaku kira-kira hampir pukul 7.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila pemandu Honda terbabit menekan brek ketika mengambil selekoh, lalu hilang kawalan.

Semasa kejadian, ada sebuah Toyota Mark X bersebelahan dengannya. Nasib baik pemandu kereta itu cekap sempat mengelak apabila Honda Civic itu terbabas betul-betul di hadapannya.

Pada akhir rakaman video tersebut, kereta yang merakam insiden itu dan Toyota Mark X segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan, dipercayai untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Sumber Gambar: IG @vocketcarclub
Sumber Gambar: IG @vocketcarclub
Sumber Gambar: IG @vocketcarclub
Sumber Gambar: IG @vocketcarclub

Rata-rata netizen yang menonton video itu menyatakan cara pemanduan yang salah telah menyebabkan kereta Honda itu kemalangan dan nyaris melibatkan kenderaan lain juga.

Dalam masa sama, netizen turut geram melihat laluan naik dan turun Genting Highlands seolah-olah menjadi ‘litar lumba’ bagi sesetengah pemilik jentera yang telah diubahsuai.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.