Sonny Bill William yang terkenal dikalangan peminat sukan ragbi meluahkan rasa kagum dengan akhlak yang ditampilkan rakyat Malaysia dalam menghormati orang yang lebih tua.

Pemain ragbi bagi negara New Zealand yang juga seorang muslim meluahkan perkara ini di akaun Twitter miliknya semalam semasa beliau mengerjakan umrah dan bertembung dengan sebuah keluarga dari Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sebuah keluarga Malaysia dengan 3 budak lelaki mahu bergambar dengan saya hari ini. Kesemua 3 remaja itu menyalam tangan saya, memandang ke mata saya, menundukkan kepala mereka dan menyentuh belakang tangan saya dengan dahi mereka.

“Kanak-kanak lelaki ini ada rasa hormat & menghormati dalam nilai keluarga mereka ia adalah sangat indah,” katanya sambil berkongsi gambar dua orang anak kecil warga Malaysia yang bergambar ketika dia melawat Madinah di Arab Saudi.

Ciapan beliau telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan kebanyakan netizen menyatakan kepada beliau bahawa ia adalah nilai-nilai yang dipraktikkan oleh orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia.

Selain itu, warga Indonesia turut hadir ke bahagian komen dan menyatakan bahawa budaya sama turut diterapkan di Indonesia kerana ia adalah sebahagian daripada nilai murni sebagai seorang Muslim.

Mungkin ini kali pertama bagi beliau melihat budaya ini dilakukan. Tetapi bagi dua negara seperti Malaysia dan Indonesia, ia sudah lama dipraktikkan dan sudah menjadi norma dalam kehidupan kita.