Trend ‘Salam dari Binjai’ mula ditiru oleh anak muda apabila Paris Pernandes yang berasal dari Kota Binjai, Sumatera Utara memuat naik video beliau menumbuk pokok pisang sehingga tumbang. Video itu kemudiannya menjadi viral, baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Kebanyakan pengguna TikTok dari kalangan anak muda akan mengucapkan ‘Salam dari Binjai’ sebelum menumbuk hancur pokok pisang.

Namun, setiap trend yang menjadi viral tidak selalunya berkisar pada kebaikan. Melalui laporan Kompas, sekumpulan anak muda di Kabupaten Lamongan, Jawa Timur, jelas belum cukup matang untuk mengetahui bahawa tidak semua pokok pisang layak untuk dihancurkan. Disebabkan hanya mahu mengikut trend, mereka telah bertindak menghancurkan kebun pisang milik seorang penduduk Kampung Surabayan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian ini direkod dan menjadi tular di media sosial. Disebabkan itu, Ketua Kampung Surabayan, Sunarto mengesahkan kejadian tersebut dan memanggil 9 orang anak muda bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Ketika ditanya apakah niat disebalik tindakan mereka, anak muda ini tanpa rasa bersalah berkata kepada Sunarto bahawa tindakan mereka adalah sebahagian daripada amalan silat.

Kejadian ini rupanya tidak hanya berlaku di Kampung Surabayan, ia turut berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara. Seorang penduduk bernama Alhafizu memberitahu media mengenai pengalamannya menangkap sekumpulan anak muda memukul pokok pisang di hadapan rumahnya. Apabila ditegur, budak-budak itu pun berkata, “Salam dari Binjai!”

Apabila Alhafizu cuba untuk menasihat anak muda tersebut, situasi rupanya menjadi lebih teruk. Pokok pisang yang besar dan sedang berbuah turut dibantai oleh segerombolan anak muda sehingga ia senget. Alhafizu yang jelas kecewa dengan tindakan anak muda itu berkata kepada Detik bahawa ibu bapa sepatutnya memain peranan dalam memastikan anak mereka tidak melihat kandungan video yang boleh memberi kesan buruk kepada orang.

Di Twitter, warga Indonesia turut berkongsi pengalaman mereka terhadap trend ‘Salam dari Binjai’ dan kejadian serupa turut terjadi di kawasan mereka.

Setakat ini, trend yang tular di TikTok ini tidak memberi kesan yang besar di Malaysia. Tiada lagi laporan anak muda di Malaysia merosakkan pokok pisang milik orang kampung. Namun melihat daripada kejadian yang terjadi di Indonesia, diharapkan kelakukan ini tidak lagi ditiru oleh anak muda di Malaysia.

Rakam pocong ketika ‘live’ di TikTok, netizen kembali persoalkan kesahihan video ini. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakam Pocong Ketika ‘Live’ Di TikTok, Netizen Kembali Persoalkan Kesahihan Video Ini

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

CEO TikTok Letak Jawatan, Mahu Habiskan Kekayaan RM182 Bilion Dengan Membaca Dan Termenung