Bekas penyanyi kumpulan Iklim, A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 6.15 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Saleem telah dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu yang menyebabkan penyanyi itu patah tulang rusuk. Kemalangan yang berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras terbabit dalam kemalangan dengan kereta dari arah laluan sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan ini telah disahkan oleh anak kepada Saleem, Nursyafiq Farhain menerusi laman Facebook rasmi beliau. Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah.

Sumber