Di Malaysia, terdapat banyak destinasi pelancongan yang boleh dikunjungi dan sudah menjadi kewajiban pengunjung untuk memastikan tempat yang dikunjungi sentiasa bersih untuk keselesaan bersama.

Akan tetapi, perkara sebaliknya berlaku apabila sampah sarap dilihat mencemar pemandangan di pusat tumpuan pelancong. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @ruud_irwan apabila beliau kutip sampah yang dibuang merata-rata tempat di Saloma Link.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Rudy Irwan Shukaime sebenarnya Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dan berasa terkilan apabila melihat destinasi tarikan di ibu kota dicemari dengan sampah sarap.

Beliau yang berbasikal ke Saloma Link mengambil inisiatif mengumpulkan sampah yang ditinggalkan pengunjung. Tambahnya, beliau menganggap kawasan-kawasan tersebut seperti kediaman sendiri dan ia satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Usaha murni yang ditunjukkan oleh Rudy mendapat perhatian netizen dan ramai memuji tindakannya. Malah, rata-rata netizen juga mengecam tindakan pengunjung yang buang sampah merata-rata walaupun tong sampah sudah disediakan.

Isu ini bukan pertama kali berlaku dan pastinya tempat tumpuan pelancong akan kelihatan kotor. Lama-kelamaan tiada pengunjung akan mengunjungi sesuatu destinasi tumpuan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tentang sampah sarap dan vandalisme di destinasi tumpuan pelancong pada pautan di bawah ini.

20 Tong Sampah Disediakan Tetapi Jambatan ‘Viral’ Terengganu Masih Kumpul 750 KG Sampah

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya

Belum Dibuka Kepada Umum, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Mula Diceroboh Dan Dirosakkan?

Anda Mungkin Suka