Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Salt Bae dikecam oleh pengguna media sosial selepas beliau dilihat bergambar dengan trofi Piala Dunia sejurus selepas kemenangan Argentina ke atas Perancis.

Artikel Berkaitan:

Chef dari Turki itu dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk masuk ke padang selepas upacara penyampaian hadiah. Dia dilihat menyambut kemenangan Argentina dengan bersalaman dengan beberapa pemain termasuk Lionel Messi.

Dia juga dikatakan menggigit salah satu pingat milik pemain Argentina. Beliau juga bertindak mengambil piala tersebut daripada pemain Argentina dan meraikannya, walaupun terdapat pertikaian di mana hanya pemain dan mereka yang berada di dalam pasukan Argentina sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut.

Malah, FIFA berkata, “Trofi Piala Dunia FIFA yang asli hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan orang yang terpilih, termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.” Salt Bae memegang trofi dan mengambil beberapa gambar dengan piala tersebut.

Netizen berkongsi kekecewaan mereka melihat Salt Bae masuk ke padang dan menyentuh trofi tersebut. Seorang Instagrammer berkata, “Anda tidak sepatutnya menyentuh Piala. Anda bukan juara.” Dan sebahagian netizen berkata, Salt Bae lakukan perkara tersebut sebab dia gilakan populariti.

Dalam aksi mendebarkan di Stadium Lusail, Argentina tampil juara dengan penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir 3-3 selepas masa tambahan.

Messi memberikan pendahuluan kepada Argentina menerusi sepakan penalti, sebelum Angel di Maria menggandakan kelebihan mereka. Perancis bangkit dan menyamakan kedudukan pada detik-detik akhir perlawanan. Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk membawa perlawanan ke masa tambahan,

Perlawanan menjadi lebih dramatik apabila Argentina mendahului semula menerusi gol kedua Messi dan selepas itu dikecewakan oleh Mbappe yang menjaringkan hatrik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-118.

Bagaimanapun, pasukan Lionel Scaloni berjaya menewaskan lawan mereka dalam penentuan sepakan penalti.