Bukanlah kali pertama kita melihat Astro menayangkan siaran langsung perlawanan Tournament Dota secara siaran langsung. Atas sambutan hangat daripada para ‘gamers’ seterusnya peningkatan rakyat Malaysia yang terlibat dengan perlawanan yang melibatkan peringkat kebangsaan, Astro mengambil inisiatif untuk menyediakan saluran khas buat penggemar E-Sukan.

Mic Drop
HYPE
Sterk Production Buat Hal Lagi Dengan Parodi Mantap ‘Mic Drop’ BTS
Baca lagi →

13315529_884141971708510_5799221992362473416_n

Dinamakan sebagai eGG Network (Every Good Game), saluran ini bakal mengongsikan beberapa perkara berkaitan arena e-sukan termasuk kemaskini perlawanan, temuramah dengan personaliti e-sukan, berita semasa dan pelbagai perkara lain melibatkan e-sukan. Menurut Astro, saluran ini bakal dikhaskan buat akan mula bersiaran 24 jam sehari bermula daripada 7 Jun 2016 ini.

Buat anda yang aktif mengikuti perkembangan e-sukan, pastinya anda tahu bahawa eGG Network juga banyak melakukan acara sekitar Kuala Lumpur.

Kami yakin khabar gembira ini sudah lama ditunggu-tunggu buat penggemar e-sukan yang semakin meningkat meningkat ketika ini. Pastinya menonton perlawanan DotA, FIFA, CS:GO, LOL dan sebagainya lebih menghiburkan selepas ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group