Nama Hidilyn Diaz mula menjadi bualan dunia setelah beliau memenangi pingat emas pertama untuk negara Filipina dalam acara angkat berat wanita kategori 55kg di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, Hidilyn Diaz telah berlatih di beberapa lokasi di Malaysia  sejak tahun lalu termasuklah di satu kawasan perkampungan di Jasin, Melaka ekoran beliau dan pasukannya terkandas akibat pandemik COVID-19 melanda dunia.

Ketika acara angkat berat wanita kategori 55kg ‘Clean and Jerk’ berlangsung, Hidilyn Diaz telah berjaya mengangkat jumlah keseluruhan cakera atau plat bumper yang seberat 127kg.

Baru-baru ini sebuah Facebook Page dari Filipina, Takbong Breezy telah berkongsi persamaan berat plat bumper yang diangkat oleh atlet wanita tersebut baru-baru ini menyamai berat sebuah motosikal Yamaha NMAX.

vocket-hidily-diaz-yamaha-nmax-1
Sumber Gambar: Facebook Takbong Breezy
vocket-hidily-diaz-yamaha-nmax-2
Sumber Gambar: Facebook Takbong Breezy
vocket-hidily-diaz-yamaha-nmax-3
Sumber Gambar: Facebook Takbong Breezy

Perkongsian tersebut telah menyebabkan netizen Filipina terkejut dan kagum dengan atlet tersebut kerana mampu mengangkat cakera yang mempunyai berat menyamai sebuah motosikal yang digunakan oleh orang ramai.

Ternyata segala usaha Hidilyn Diaz bertungkus-lumus dalam melakukan latihan ‘keras’ tanpa henti di rumah keluarga angkatnya yang terletak di Jasin, Melaka telah membuahkan hasil yang membanggakan buat dirinya serta negara Filipina.

Difahamkan kini beliau berstatus ‘jutawan’ setelah menerima ganjaran sebanyak £477,000 (RM2.7 juta) dan sebuah rumah daripada kerajaan Filipina selepas memenangi pingat emas pertama di Olimpik untuk negaranya.

Terkandas di Malaysia dan pusat latihan ditutup, atlet angkat berat Filipina hadapi pelbagai cabaran untuk memburu pingat emas. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Berlatih Di Melaka Menang Di Jepun, Hidilyn Diaz Cipta Sejarah Sumbang Emas Pertama Buat Filipina

Atlet Olimpik Uganda ‘Hilang’ Di Jepun, Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya

Sumber