Tatkala jenama-jenama kereta sedang berlumba mahu bangunkan kereta elektrik, masih ramai peminat kereta yang menghargai dan berimpian mahu dapatkan kereta keluaran tahun 90an. Lebih-lebih lagi ada sebahagian model kereta JDM (Japanese Domestic Market) yang kini harganya meningkat mencecah jutaan ringgit.

Satu video TikTok telah menarik perhatian ramai apabila seorang lelaki merakam sebuah kereta Toyota AE86 yang dipopularkan oleh manga dan anime Jepun ‘Initial D’. Bagaimanapun perasaan kagum lelaki itu telah ‘dipatahkan’ oleh seorang wanita yang duduk di sebelahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kereta JDM? Kereta apa itu? Apa istimewa dia? Macam Iswara je. Nampak buruk je,” kata wanita tersebut.

https://www.tiktok.com/@datonikk/video/7148095077162765594?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=datonikk&t=1664846890313

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi ramai, lebih-lebih lagi buat peminat kereta JDM tersebut. Mana tidaknya, kereta legend buruan ramai tersebut disamakan dengan kereta ‘Proton Iswara’.

Kata netizen lagi, jika wanita itu tahu model sebenar kereta ‘Iswara’ itu, pasti dia akan terkejut kerana nilai semasanya bermula RM150,000 dan boleh meningkat tinggi lagi ekoran model tersebut sukar dicari pada masa ini.

Ada juga netizen menyatakan pasangannya pula menyamakan kereta Toyota AE86 itu dengan kereta tempatan lain seperti Proton Saga milik ayahnya.

Model Toyota AE86 ini melonjak naik selepas dipopularkan oleh karakter Takumi Fujiwara dalam Initial D yang mengisahkan seorang anak pemilik perniagaan kedai tauhu yang bercita-cita mahu menjadi pelumba drift underground terhebat.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.