Sebut mengenai Suhaimi Saad, pasti ramai yang mengenalinya berikutan tindakan beliau yang kerap menjadi buah mulut netizen menerusi kenyataan beliau yang penuh kontroversi.

Terbaharu, beliau sekali lagi menjadi perhatian netizen menerusi Instagram beliau apabila mendakwa penerima vaksin sebagai lembu. Malah, beliau mengatakan dakwaan yang dibuat turut disebutkan dalam Al-Quran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CTCRgvdhpIh/

Kenyataan beliau nyata mengundang kepada pelbagai tohmahan daripada para netizen namun Suhaimi Saad dilihat telah block individu yang tidak sehaluan dengan pendapat beliau.

Pencetus Ummah Syed pula dalam perkongsian beliau di Instagram memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menziarah Suhaimi Saad dalam mengetahui keadaan kesihatan beliau. Beliau juga turut menasihatkan Suhaimi Saad agar tidak menyamakan penerima vaksin sebagai lembu.

Akui diri sebagai presiden bumi datar

https://www.instagram.com/p/CTD8iZbhmqU/

Sementara itu, berikutan menerima perhatian daripada pelbagai pihak, Suhaimi Saad menerusi Instagram beliau turut menggelarkan diri beliau sebagai presiden bumi datar. Beliau juga dengan lantang mengakui beliau merupakan seorang antivaksin.

Sekitar Jun lalu, Suhaimi Saad mengumumkan ‘perletakan jawatan’ sebagai penyanyi nasyid serta tidak mahu digelar sebagai ustaz.

Tidak Mahu Digelar Ustaz, Suhaimi Saad ‘Letak Jawatan’ Sebagai Penyanyi Nasyid

“Bertongkat Itu Sunnah Nabi” – Niat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Kini Tercapai