Usaha mengeluarkan 12 pelajar dan seorang jurulatih bola sepak di Thailand diteruskan dengan pasukan penyelamat mencari jalan yang terbaik untuk mengeluarkan semua yang terperangkap dengan cepat.

Disebabkan sudah berada terlalu lama di bawah sana, kandungan oksigen di kawasan kumpulan ini semakin hari semakin berkurangan. Buat sementara waktu, kandungan udara dan oksigen di kawasan kumpulan ini perlu mencukupi sebelum mereka mencari cara terbaik untuk menyelamatkan mereka semua.

Namun misi menyelamat ini sudah mengorbankan seorang anggota penyelamat. Saman Kunan bekas askar Navy Seal Thailand meninggal dunia kerana kekurangan oksigen pada kira-kira 1 pagi semalam.

Saman Kunan menemui ajal selepas menghantar tangki oksigen ke lokasi kanak-kanak ini terperangkap. Ketika dalam perjalanan pulang beliau secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan walaupun rakan sepasukan sudah cuba menyelamatkan beliau, beliau tetap tidak sedarkan diri.

“We'll bring the kids home.” Footage Emerges of Thai Diver Who Died During Rescue Mission of School Boys — Saman Kunan, a former member of Thailand's elite navy SEAL unit who was part of the rescue team in Chiang Rai, died around 1am on Friday morning. — Thai Cave Rescue: “We won’t quit", volunteer Saman Kunan said before he passed away. 🙏 * * * * * * * * ———————————————————————— #SamanKunan #Thai #Thailand #Respect #RIP #RestInParadise #SaveChildren #Love #AsianAndProud #Mission #Rescue #Diver #Cave #Children #SchoolBoys #School #YouthSoccer #Youth #Pride #RescueTeam #Asian #Navy #NavySeal #NavySeals #Volunteer #NeverForget #SayHisName #RememberHisName #Humble #TheAsianNetwork

A post shared by THE ASIAN NETWORK (@theasiannetwork) on

Pemergian Saman nyata membuat rakyat Thai bersedih dan raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn bertitah pengebumian Saman akan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Saman akan dikebumikan sebagai seorang wira. Beliau akan diterbangkan terus ke kampung halamannya di Roi Et.

Saman sangat dikenali di kalangan sirkit sukan berbasikal dan larian di Thailand. Beliau adalah anggota Navy Seal Thailand yang sangat aktif walaupun sudah bersara dan kini turut bergelar sebagai atlet triathlon.

#SamanKunan – this is the definition of a real man

A post shared by Bruce underkover (@bruce_underkover) on

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak askar Thai, Saman walapun sudah bersara, beliau tetap aktif dan rapat dengan bekas ahli pasukan dan sekiranya ada aktiviti bersama, beliau akan turut serta.

“Saman meninggalkan kami ketika sedang menyelam di mana kami sama-sama bekerjasama untuk menyelesaikan misi ini. Saman akan sentiasa berada dekat di hati semua yang terlibat dalam misi ini,” kata salah seorang wakil Navy Seal Thailand.

Misi menyelamat diteruskan walaupun misi ini tampak ‘mustahil’ anda boleh lihat penjelasan media tentang keadaan muka bumi gua ini dan mengapa misi ini sangat sukar kepada pada penyelamat. Semoga misi menyelamat ini akan berakhir secepat mungkin.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group