Selebriti media sosial, Khairulaming hari ini meluah rasa kurang senang beliau dengan perkhidmatan penghantaran yang dibuat J&T selepas Sambal Nyet milik pelanggan pecah.

Perkara itu diluahkan olehnya di akaun Twitter miliknya sambil menyatakan bahawa pihaknya sudah memastikan bahawa bungkusan itu dibalut tebal.

Baca Juga:

“Aku stress betul lah jnt ni. rasa dah balut parcel bukan main tebal macam bantal dah. one by one parcel pecah,” katanya.

Beliau turut memuji Pos Laju yang sering mengambil sikap tanggungjawab jika terjadi sesuatu perkara.

“Pos laju elok je handle parcel. kalau ada isu pun memang diorang take responsibility. Ni entah ke berapa dah kes parcel pecah dgn jnt. Nak kena balut parcel dengan toto narita agaknya,” katanya dalam ciapan tersebut.

Hantaran yang turut dimuatnaik bersama-sama gambar itu kelihatan kesan pecah yang dialami oleh produk Sambal Nyet milik pelanggan.

Sejak dimuat naik, ciapan itu telah mendapat pelbagai maklum balas. Sebahagian netizen meminta Khairulaming untuk menukar perkhidmatan penghantaran dan mula memboikot J&T.