Semasa menunggu pelanggan mengambil pesanan, penghantar makanan ini telah menarik perhatian ramai dengan kemahiran bermain pianonya.

Penghantar makanan, Amirullah menjadi viral selepas satu video menunjukkan dia sedang bermain piano dimuat naik di media sosial. Video itu dikongsi oleh netizen, Izat Yuan di akaun Twitternya @IzatYuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Izat memberitahu pada masa itu, Amirullah yang membawa kotak penghantaran makanan sedang menunggu pelanggannya turun untuk mengambil pesanan.

Mungkin kerana terlalu lama menunggu makanan di ambil oleh pelanggan, jadi dia menggunakan masa menunggunya dengan bermain piano. Namun apa yang tidak disangka, kemampuannya bermain piano telah menangkap perhatian ramai.

Untuk bacaan lanjut cerita-cerita menarik, klik pautan di bawah.

Joe Flizzow Minta Bantuan, Mahu Cari Semula Kereta Kancil Zaman Too Phat

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

Selepas J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri?