Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tarikh 9 sehingga 12 Disember ini bakal menyaksikan pihak kerajaan melancarkan Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung Kuala Lumpur Convention Centre.

Program yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis ini bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta bakal menjemput ribuan individu menyertainya.

Meskipun bakal dihadiri ramai, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memberi jaminan sambutan gilang gemilang ini masih lagi mengikut SOP COVID-19 yang ditetapkan pihak kerajaan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad. Sumber: The sun daily

Meskipun bakal dihadiri ramai, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memberi jaminan sambutan gilang gemilang ini masih lagi mengikut SOP COVID-19 yang ditetapkan pihak kerajaan.

Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan pihak mereka sedia maklum dengan penularan wabak COVID-19 serta kehadiran varian Omicron walau bagaimanapun beliau yakin menerusi SOP yang diamalkan, penularan wabak ini dapat dibendung.

Mengulas mengenai SOP yang ditetapkan sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah masih dibenarkan untuk menyertai sambutan namun perlu ditemani bersama ibubapa yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu, individu berusia 13 tahun dan ke atas yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dibenarkan masuk tanpa sebarang masalah. Selain itu, acara tersebut hanya ditetapkan kepada 10,350 individu iaitu separuh daripada kapasiti penuh dewan berkenaan.

Datuk Rodzi Md Saad turut memakluklum kepada orang ramai yang mahu hadir ke sambutan ini agar membuat perancangan dengan lebih awal serta mengelakkan daripada menghadiri tempat yang dipenuhi jumlah individu yang ramai.

Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bakal turut menyaksikan Perdana Menteri membentangkan kad laporan kabinet dalam memaparkan gerak kerja yang dilakukan ahli Jemaah Menteri Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Bakal Bentang Kad Laporan Kabinet Sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Konsep Keluarga Malaysia Beri Keyakinan Kepada Rakyat Pilih Kerajaan Yang Lebih Stabil