Pejam celik kita sudah berada di minggu akhir bulan Ramadan. Hari Raya Aidilfitri pastinya akan disambut meriah setiap tahun oleh semua penduduk di Malaysia.

Juadah sempena hari raya juga sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun. Mana sahaja rumah yang anda lawati, pasti akan dijamu kuih raya, lemang, ketupat dan juga rendang. Juadah ini jika makan hari biasa kurang feel-nya. Dan masa inilah untuk dengar lagu raya on repeat tanpa rasa bosan.

Di International University Malaya-Wales (IUMW), sebuah universiti swasta di bawah Universiti Malaya dan University of Wales turut akan menyambut hari yang penuh gembira ini bersama rakan dan keluarga yang disayangi. Dengan kepelbagaian etnik di sini, setiap daripada mereka membawa budaya Ramadan dan Aidilfitri yang berbeza untuk diraikan bersama.

Pengambilan pelajar baharu di IUMW akan dibuka bulan Julai ini, sebulan selepas tamatnya bulan Syawal. Jika anda berminat untuk menyambung pengajian dalam persekitaran multi-cultural yang pastinya menyeronokkan, jangan lupa untuk melawat di iumw.edu.my atau panggilan secara terus di 03-2617 3131.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di IUMW!