Pertelingkahan di antara dua agama besar di India sudah berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu. Penganut Muslim dan Hindu tidak pernah dapat untuk duduk semeja kerana setiap pandangan mata akan membawa kepada pelbagai pertikaian dan pergaduhan sehingga bakal mengorbankan nyawa.

Dalam pertikaian terbaharu, umat Islam di beberapa negeri di India berada dalam kegelisahan apabila kumpulan perusuh dari kalangan penganut agama Hindu telah keluar ke jalan raya dengan menyerang dan membuat ucapan kebencian ke atas kaum Muslim semasa perayaan Ram Navmi – perayaan yang meraikan hari lahir dewa Rama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/ZaidZamanHamid/status/1513976398255435783

Menurut laporan Al Jazeera, keganasan telah dilaporkan di beberapa kawasan seperti Madhya Pradesh, Gujarat, Jharkhand dan West Bengal. Laungan “Jai Shri Ram” (Hail Lord Ram) pula berkumandang di setiap kawasan dengan niat menyasarkan kaum Muslim di India.

Berpuluh-puluh video telah menjadi tular di media sosial India sejak minggu lalu yang menunjukkan kumpulan perarak memakai kain kuning – dan sebahagiannya pula membawa kayu dan pedang – lalu memberhentikan perarakan mereka di kawasan kejiranan Muslim sambil memainkan lagu-lagu provokatif dengan mesej pembunuh beramai-ramai.

https://twitter.com/HindutvaWatchIn/status/1514021547316375552

 

Di sesetengah tempat, provokasi telah menyebabkan kumpulan Muslim bertindak balas dengan membaling batu ke arah kumpulan yang berarak. Situasi ini telah membawa kepada ketegangan. Dalam beberapa keadaan, dilaporkan bahawa  anggota polis dilihat turut serta membuat provokasi kepada kumpulan Muslim.

Fazluddin Shaikh, seorang penduduk Khargone, memberitahu bahawa sebuah masjid di kawasan Sarafa Bazar telah dibakar oleh kumpulan Hindu pada malam Ahad semasa perarakan Ram Navmi. Dan beliau turut menyatakan bahawa laporan polis sudah dibuat, tetapi kebanyakan yang ditahan adalah kumpulan Muslim.

“Sekurang-kurangnya 11 FIR (laporan maklumat pertama) telah didaftarkan terhadap orang Islam dan lebih 84 orang telah ditangkap, tetapi polis tidak mendaftarkan kes mahupun menahan sesiapa daripada komuniti majoriti,” katanya.

Bagaimana perbalahan antara Muslim dan Hindu boleh tercetus di India ketika ini? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?