Persediaan sambutan Syawal tahun ni nampaknya tak begitu meriah berbanding tahun sebelum ni berikutan orang ramai masih dalam keadaan berjaga-jaga ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Jika dulu, setiap kali tibanya musim perayaan, ramai yang dah mula buat persiapaan raya seperti membeli baju raya dan beli perabot baru. Namun, tahun ni Syawal akan disambut dalam keadaan sederhana sahaja. Jom kita bandingkan sikit apa yang berbeza pada raya tahun ni. Anda jangan sedih pula!

1. Rindu nak sembahyang raya dekat masjid

Panduan-Cara-Sembahyang-Raya-Haji-Aidiladha-Terkini (1)

Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti berkumpulan dan perhimpunan telah menjadi larangan. Sembahyang jemaah di masjid juga dihadkan bilangan ahlinya. Kemungkinan besar tahun ini sembahyang sunat Aidilfitri turut tak dapat diadakan kerana penularan wabak yang masih lagi aktif.

2. Larangan mengadakan bazar Syawal

Bazar-Syawal

Kalau tahun-tahun sebelum ni, bazar Syawal merupakan tempat wajib dikunjungi setiap kali hampir tibanya musim perayaan. Di sinilah anda boleh tawar-menawar untuk dapatkan pakaian raya, tudung, kain samping dan juga kuih raya pada harga murah. Akan tetapi pada tahun ini arahan sudah dikeluarkan supaya sebarang bentuk penganjuran bazar hendaklah dibatalkan.

3. Tiada penganjuran rumah terbuka

buka1

Rumah terbuka merupakan satu kewajipan sepanjang bulan Syawal. Masa inilah anda nak jemput sedara-mara dan kenalan datang rumah. Macam-macam juadah akan disediakan bagi meraikan tetamu. Ayam masak merah, rendang daging, nasi impit, lemang dan kadang-kadang kambing golek pun ada juga! Walau bagaimanapun pada tahun ini kalau dapat sambut raya dengan keluarga di kampung juga sudah bersyukur

4. Boleh atau tidak balik raya tahun ini?

Screenshot-2020-04-22-at-11.54.37-AM-630×379

Sebelum ni, kerajaan sudah keluarkan arahan untuk tak pulang ke kampung bagi meraikan Ramadan. Namun, situasi semasa wabak COVID-19 seolah-olah memberi petanda larangan ini akan diteruskan sehingga menjelangnya Syawal. Oleh itu, anda perlu banyak bersabar sekiranya tidak boleh balik raya!

5. Hadkan aktiviti kunjung-mengunjung

155103sdo7gb97j5ojcxhj-630×331

Aktiviti kunjung-mengunjung sewaktu Aidilfitri sudah menjadi satu kewajipan dalam masyarakat kita. Waktu inilah nak kenal saudara-mara dan mengeratkan silaturahim. Akan tetapi, nampaknya tahun ni semua aktiviti ni terpaksa ditangguhkan.

Menteri Hal Ehwal Agama juga sudah pesan supaya mengehadkan aktiviti ziarah-menzirahi dan mengamalkan penjarakan sosial.

6. Sambut Ramadan & Syawal dalam sederhana

perlukah-balik-kampung-untuk-beraya-02_47_912382-630×404

Wabak COVID-19 mengajar kita supaya bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Anda jangan pula stress tak dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan keluarga. Paling penting, kena jaga kesihatan diri anda dan yang tersayang supaya terus kuat menghadapi ujian penyakit ni!

Walaupun raya suram, Dutch Lady nak kongsi Berkat Syawal bersama anda seisi keluarga!

WebBanner_BM_1400x620-1200×531

Memahami keadaan rakyat Malaysia yang tak begitu teruja menyambut Aidilfitri tahun ni, Dutch Lady nak anda tau betapa pentingnya penjagaan kesihataan pada waktu macam ni.

Istimewa untuk sambutan Syawal tahun ni, Dutch Lady memperkenalkan kebaikan susu dengan rasa jus buah delima yang sebenar, Juicy Milk Buah Delima. Melalui minuman ni, anda boleh menikmati kebaikan makanan sunnah dalam satu hidangan lazat tau!

Seperti yang anda thu, buah delima ada banyak kebaikan untuk kesihatan dan gabungan bersama susu Dutch Lady yang diperkaya dengan Vitamin A,C,E, kalsium, 0% lemak dan INULIN (membantu menjaga persekitaran usus yang baik) pastinya dapat membantu penjagaan kesihatan anda!

Sebelum ni, Dutch Lady telah pun mengeluarkan dua produk susu dengan rasa jus buah sebenar, Juicy Milk Oren dan Juicy Milk Strawberi. Ini merupakan produk seumpamanya di pasaran yang memperkenalkan khasiat susu dan buah sebenar dalam satu hidangan.

Jom, eratkan hubungan silaturahim seisi keluarga dengan hidangan Dutch Lady JUICY MILK Syawal nanti. Sedap tau!

Sudahkah anda mencuba #DutchLadyJuicyMilk Buah Delima? Jika belum, inilah masanya untuk merasai KESEGARAN SUSU & JUS BUAH!#12JuicyMilk #MeriahReady #BerkatSyawal

Posted by Dutch Lady Malaysia on Thursday, 2 April 2020

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk keluaran Dutch Lady, anda boleh klik di SINI. Kekal berkhasiat dan kuat bersama menghadapi wabak COVID-19 dengan Dutch Lady!

Ketahui juga rahsia untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan pilihan terbaik para ibu. Klik pautan di bawah untuk artikel penuh.

Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu

Program ‘Farmer To Farmer’ Anjuran Dutch Lady Beri Impak Kepada Penternak Dan Inilah Hasilnya