Tahun 2019 baru sahaja menutupkan tirainya dan kini tahun 2020 telah bermula. Pastinya setiap orang memiliki azam dan matlamat untuk dicapai pada tahun ini.

Walaupun sudah tahun baharu tetapi mentaliti segelintir rakyat Malaysia masih ditakuk yang sama. Tahukah anda bahawa ketika sambutan ambang tahun baharu, terdapat banyak sampah sarap yang bersepah-sepah di tempat tumpuan sambutan tahun baharu?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak percaya? Alam Flora telah berkongsi beberapa keping gambar sampah sarap yang dibuar merata-rata oleh segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, sebanyak 9 tan sampah yang dikutip ketika pembersihan kawasan tumpuan ambang tahun baharu di Kuala Lumpur. Hal ini telah mendapat perhatian netizen dimana rata-rata netizen mengecam sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

Screenshot 2020-01-02 at 10.08.51 AM

Screenshot 2020-01-02 at 10.09.22 AM

Pastinya ini bukan satu permulaan yang baik kerana hal-hal sebegini sebenarnya menggambarkan sikap segelintir rakyat Malaysia. Sementara itu, tahun ini merupakan tahun melawat Malaysia dan diharap perkara sebegini dapat dielakkan.

Apakah pandangan anda mengenai sikap tidak bertanggungjawab ini? Sebelum ini, Taman Tasik titiwangsa yang berwajah baharu telah dicemari sampah tidak sampai 24 jam pembukaan. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui isu ini jika anda terlepas.

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Lihat ‘Makeover’ Ampang Point Yang Telah Dibuka Semula