Sabtu lalu acara Vocket Raya 2019 berlangsung secara meriahnya di Ampang Glasshouse. Vocket Raya merupakan acara sambutan Hari Raya Aidilfitri pertama yang kami anjurkan sejak tertubuhnya laman The Vocket lima tahun yang lalu.

Jemputan yang diundang terdiri daripada pembaca, penulis serta individu yang banyak menyokong dan membantu kami bermula daripada ‘zero’ sehingga menjadi The Vocket yang anda kenali hari ini.

Kami turut mengundang 20 Top Fans bertuah untuk menyertai sesi Vocket Raya ini. Setiap tetamu yang hadir terlebih dahulu disambut dengan minuman selamat datang daripada Starbucks Malaysia serta cenderahati daripada A&W Malaysia.

Di tingkat kedua Ampang Glasshouse kami sediakan ruangan ‘Netflix & Chill’; tempat untuk undangan berhibur bersama teman-teman bermain PlayStation 4 (terima kasih Kampung Konggo!), menonton Netflix atau bertarung Beyblade sambil menikmati aiskrim sedap daripada Inside Scoop.

Main event semestinya di tingkat ketiga atau rooftop Ampang Glasshouse. Semua yang hadir tersenyum gembira menikmati juadah raya yang disediakan ditambah lagi dengan desserts sedap oleh Kravers Kitchen, air teh ais power daripada Pyorr Official dan air botol kaca paling cool ketika ini, HausBoom.

Jemputan yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong kerana kami turut mengadakan acara lucky draw. Mereka yang bertuah pulang dengan senyuman menerima hadiah sumbangan daripada iFlix Malaysia, jersi rasmi pasukan FA Selangor, barangan sukan antaranya beg travel Canterbury daripada Prestige Sports, tiket masuk ke Lost World Of Tambun, set make up lengkap daripada Veronni serta hadiah utama sebuah telefon pintar Asus Zenfone Pro M2 Asus Malaysia.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penaja dan Ampang Glasshouse selaku penaja utama kami untuk acara Vocket Raya 2019 ini. Lokasinya memang sangat sempurna untuk sebarang acara yang anda mahu anjurkan.

Pada sebelah malam, anda boleh rakam gambar berlatarkan bangunan KLCC di bahagian loteng yang merupakan tambahan menarik jika anda membuat majlis di sini. Biarkan gambar-gambar yang kami kongsi di sini berbicara.

Terima kasih kepada 20 orang Top Fans Vocket yang sudi hadir. Tahun depan kami janji kami jemput semua top fans. Doakan kejayaan berterusan kepada The Vocket supaya kami dapat hasilkan acara Vocket Raya yang lebih besar untuk tahun hadapan dan menambah bilangan jemputan hadir ke acara kami. Selamat hari raya dan terus support The Vocket!

Selamat hari raya
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin daripada kami!