Sampah angkasa lepas yang dipercayai milik roket Long March China telah terhempas ke Bumi dan dapat dilihat oleh orang ramai di Sarawak. Menurut laporan agensi angkasa lepas NASA, roket Long March 5B yang mempunyai berat sehingga 22.5 tan telah memasuki atmosfera Bumi di atas Lautan Hindi pada kira-kira 12.45 pagi.

“#USSPACECOM telah mengesahkan [roket] Republik Rakyat China (PRC) Long March 5B (CZ-5B) memasuki semula Lautan Hindi pada kira-kira 10:45 pagi MDT pada 30/7. Kami merujuk anda kepada #PRC untuk butiran lanjut mengenai aspek teknikal kemasukan semula seperti potensi penyebaran serpihan + lokasi impak,” tulis Komando Angkasa AS dalam satu ciapan Ahad lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di Malaysia, kejadian ini dapat dilihat oleh orang ramai di Sarawak dengan beberapa video mula tular di media sosial. Kejadian itu berjaya direkodkan oleh beberapa pengguna media sosial yang berada di Sibu, Bintulu, Kuching dan banyak lagi.

Netizen turut mendakwa bahawa kelihatan cahaya panjang memenuhi sebahagian kecil langit di Sarawak. Manakala sebahagian pula menyatakan bahawa terdengar bunyi letupan yang kuat di bandar Kuching.

Menurut ahli astrofizik dan penjejak satelit Jonathan McDowell dari Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, “Video dari Kuching membayangkan ia berada di atmosfera pada masa itu – sebarang serpihan akan mendarat ratusan km lebih jauh di sepanjang trek, berhampiran Sibu, Bintulu atau bahkan Brunei.

“Ia ‘tidak mungkin tetapi tidak mustahil’ bahawa satu atau lebih sampah [angkasa] jatuh di kawasan penduduk,” katanya dalam satu ciapan.

Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) sebelum ini berkata serpihan roket itu tidak mungkin mendarat di Malaysia. Ini kerana disebabkan ciri fizikal roket yang sudah berubah, manakala Bumi pula diliputi oleh 70% air dan “Malaysia adalah entiti kecil berbanding kawasan jisim Bumi.”

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Mysa, seperti yang dimaklumkan oleh Agensi Angkasa China, menyatakan bahawa kemasukan semula serpihan roket Long March 5B China ke atmosfera Bumi dikesan pada 12.55 pagi.

“Serpihan roket itu terbakar apabila memasuki atmosfera Bumi dan pergerakan serpihan itu dapat dikesan di beberapa kawasan, dengan sebahagiannya melintasi ruang udara Sarawak.

“Serpihan yang terbakar itu jatuh ke dalam Laut Sulu di kawasan antara latitud 9.1° Utara dan longitud 119.0° Timur,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

China mahu elak kiamat, hantar 23 roket ke angkasa lepas dalam misi selamatkan Bumi. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

China Mahu Elak Kiamat, Hantar 23 Roket Ke Angkasa Lepas Dalam Misi Selamatkan Bumi

Elon Musk Bakal Bina ‘Bahtera Nabi Nuh Moden’ Untuk Bawa 1 Juta Manusia Ke Marikh

Hilang Kawalan Di Orbit, Serpihan Roket Angkasa China Bakal Terhempas Ke Bumi