Muhammad Bilal, anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM14,020. Pendedahan ini dikongsi sendiri oleh Neelofa dalam satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok.

Neelofa dan suaminya yang lebih dikenali sebagai PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia empat bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, beliau dan suami mengira-ngira jumlah duit raya yang diberikan kepada anaknya dan mereka mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi duit raya kepada Bilal.

Sambil mengucapkan syukur, pasangan itu turut menyatakan bahawa ada orang yang berkongsi 1000 Dirham kepada Bilal untuk raya tahun ini, “Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Sejak mempunyai cahaya mata, PU Riz dan Neelofa masih merahsiakan gambar anak mereka. Dalam satu temubual dengan media tempatan, Neelofa memberitahu bahawa tujuan mereka untuk tidak berkongsi kepada umum kerana mahu Bilal tumbuh membesar seperti anak-anak yang lain.

Mahu bantu Frontliner, Neelofa sumbang katil bernilai hampir RM100,000 kepada hospital Melaka. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Bantu ‘Frontliner’, Neelofa Sumbang Katil Bernilai Hampir RM100,000 Kepada Hospital Melaka

Sangka Nama Neelofa Hanya Nama ‘Glamour’, Lelaki Ini Berubah Pandangan Selepas Tahu Sejarahnya

Akui Tidak Beri Contoh Yang Baik, Neelofa Tampil Dengan Permohonan Maaf Secara Terbuka