Belum habis lagi isu LRT kerap mengalami masalah perkhidmatan tergendala pada pertengahan bulan lalu, nampaknya pengguna pengangkutan awam itu sekali lagi menghadapi isu, kali ini melibatkan masalah crowd control atau ‘kawalan orang ramai’ yang tidak sistematik.

Menurut salah seorang pengguna tetap perkhidmatan pengangkutan awam itu, @nrjwznl menyatakan perkara ini sudah menjadi ‘satu kebiasaan’ di mana pengguna MRT perlu menunggu masa yang lama untuk menukar naik tren LRT.

Bagaimanapun, @nrjwznl menegaskan hari ini paling teruk sekali apabila pengguna terpaksa beratur panjang sebelum platform LRT Pasar Seni sehinggalah eskalator yang menghubungkan perkhidmatan bawah tanah MRT.

Seorang lagi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam telah memuat naik foto betapa panjangnya barisan tersebut sehinggakan pengguna MRT yang ingin naik ke platform LRT perlu berhimpit dan bersesak di antara satu sama lain dengan pengguna yang sudah lama menunggu tren LRT.

Foto yang dimuat naik itu ternyata mengundang rasa kebimbangan dan keresahan netizen kerana para pengguna betul-betul berdiri di hadapan eskalator tinggi stesen bawah tanah MRT.

Ini kerana ia boleh mengakibat kecederaan dalam skala yang agak besar andaikata berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini semasa pengguna beratur dalam barisan panjang itu.

Pada masa sama juga, ada yang berpendapat situasi begitu juga boleh mengundang cubaan pick-pocket semasa orang ramai bersesak-sesak dan berhimpit secara rapat tanpa disedari mangsa.

Setakat artikel ini ditulis, pihak media sosial Rapid KL ada membuat permohonan maaf atas isu kesulitan yang berlaku dan menambah baik sistem crowd control supaya ia tidak berlaku pada masa hadapan.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu telah menyemarakkan lagi kemarahan warganet yang sudah lama terpendam kerana kecewa dengan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan yang semakin jatuh merundum.

Pada akhir bulan Mei lalu, orang ramai terpaksa beratur panjang apabila perkhidmatan LRT tergendala ketika waktu puncak. Bacal lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Sekali Lagi Bermasalah, Perkhidmatan LRT Tergendala Undang Rasa Tidak Puas Hati Pengguna

Pengguna Bengang Terpaksa Bersesak Ekoran Kekerapan LRT Dikurangkan

‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT Miliknya, Tindakan Warga Emas Maki Wanita Ini Bikin Netizen Bengang