Kecoh sejak beberapa hari ini di mana konflik keluarga Ali Puteh dan Hidayah sering menjadi perhatian dan buah mulut netizen. Mendakwa pihak Hidayah meletak garam pada rumah Arwah Abam serta memaklumkan sedia membayar tuntutan saman secara ansuran antara yang membuatkan isu ini bertambah hangat.

Terbaharu, menerusi temubual Melodi TV3 bersama pelawak Ali Puteh, beliau menjelaskan tidak mempunyai masalah dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali selaku isteri kepada arwah Abam sekiranya pihak Hidayah datang tanpa membuat sebarang rakaman video dan tuduhan tidak berasas.

Baca Juga:

Menurut Ali, tindakan Hidayah seakan sengaja menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap diri beliau seolah mahu menunjukkan keluarganya berniat jahat.

“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu.

“Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ.” ulas Ali Puteh.

Mengulas mengenai komen jiran yang memaklumkan pernah lihat Ali bersama keluarga di rumah, Ali memaklumkan untuk jiran tersebut tampil berjumpa beliau sendiri daripada berselindung di belakang fake account. Malah, Ali mahu jiran beliau buktikan sekiranya beliau benar berada dalam rumah.

Berbincang isu saman fitnah berjumlah RM60,000, Ali Puteh memaklumkan sedia mendapatkan nasihat peguam untuk menyelesaikannya. Walau bagaimanapun, Ali Puteh memaklumkan sedia membayar saman tersebut mengikut kemampuan sama ada secara lump sum mahupun ansuran.

Ali Puteh mengakui apa yang berlaku secara tidak langsung telah menjejas karier beliau dalam mencari rezeki. Beliau juga turut memaklumkan situasi yang berlaku turut membuatkan hubungan keluarga semakin retak dan mengakibatkan pergaduhan sekiranya terus berpanjangan.

Sumber