Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan seekor gajah hamil yang terbunuh setelah diberi makan buah nenas yang diisi dengan serbuk letupan di Kerala, India.

Kini, kejadian serupa turut berlaku pada seekor lembu betina yang sedang hamil diĀ Himachal Pradesh di Daerah Bilaspur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Hindustan Times, lembu yang hamil telah diberi makan tepung gandum yang diisi dengan serbuk mercun yang meletup di mulutnya sehingga mengakibatkan rahangnya hancur. Namun anaknya berjaya dilahirkan dengan selamat.

Pemilik lembu, Gurdayal Singh telah menuduh jirannya, Nand Lal Dhiman yang bertanggungjawab mencederakan lembunya. Polis juga telah menangkap Dhiman pada Sabtu, 6 Jun yang lalu selepas mengesahkan kejadian terbabit.

Pegawai Polis Bilaspur, Dewakar Sharma mengatakan bahawa pihak polis telah mengunjungi tempat kejadian bersama dengan pasukan perubatan untuk mengubati lembu tersebut, lapor Times Now.

Kes ini telah didaftarkan di bawah Seksyen 286 Akta Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan setelah Gurdayal Singh melaporkan bahawa terdengar letupan yang kuat di ladang pada jarak 20 meter dari rumahnya pada pukul 8.15 malam.

“Ketika sampai di lokasi letupan, dia (Singh) mendapati lembu tersebut cedera parah di bahagian rahang kerana letupan itu,” kata pegawai polis.

Budaya membuat makanan dengan tepung gandum dan diisi denganĀ bahan peledak – juga disebut sebagai bom aalu – adalah amalan biasa yang dilakukan di Himachal dengan tujuan untuk menjauhkan binatang buas dari ladang mereka. Namun amalan ini telah dikategorikan sebagai haram kerana boleh menyebabkan kecederaan kepada haiwan.

Pada awal tahun ini, lebih 30 haiwan terbunuh selepas zoo terbakar akibat daripada sambutan tahun baharu, klik pautan di bawah untuk membaca.

Lebih 30 Haiwan Terbunuh Selepas Zoo Terbakar Disebabkan Sambutan Tahun Baharu

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Dua Insiden Murid Parah Diserang Anjing Liar, Netizen Persoal Golongan Pencinta Haiwan