Masyarakat negara kita sememangnya terkenal dengan sikap penuh berbudi bahasa dalam melakukan setiap perkara tanpa mengira di mana sahaja mereka berada.

Berlaku saja kesusahan dan kesukaran pasti akan ada sahaja yang memberikan bantuan seperti yang berlaku di Johor Bahru ini apabila pekerja restoran mamak dirakam menyediakan payung kepada pelanggannya sebelum masuk ke dalam restoran.

https://twitter.com/redzuyunus/status/1301042333199163393?s=20

Apa yang menjadikannya unik dan menarik perhatian netizen bukanlah kerana tindakan pekerja itu memayungi pelanggan namun kerana usaha yang ditunjukkannya apabila menggunakan payung yang besar dan bukannya seperti yang biasa digunakan.

Video tersebut dikongsikan pengguna Twitter @redzuyunus pada 2 September lalu dan mendapat lebih 14,000 perkongsian dan lebih 20,000 sukaan dengan rata-rata turut memuji tindakan pekerja tersebut.

https://twitter.com/heyhotmilky/status/1301543813358346240?s=20

https://twitter.com/wazzittuya/status/1301480307816714240?s=20

Bukan pertama kali

Netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersebut juga menjelaskan ini bukanlah kali pertama berlaku. Malah mereka menjelaskan ada juga pekerja-pekerja kedai makan yang lain turut melakukan perkara sama dan turut meraih perhatian mereka.

Kejadian itu menurut reolies yang dikirim di hantaran tersebut, netizen dilihat berkongsikan rakaman pekerja-pekerja restoran dan kedai makan ini membantu pelanggan mereka dan juga orang ramai.

https://twitter.com/szbm__/status/1301313812302163968?s=20

Walaupun perkara itu bukanlah sesuatu yang besar namun usaha pekerja-pekerja ini mejaga pelanggan mereka seharusnya mendapat pujian.

Mungkin ada yang menganggap itu adalah tanggungjawab mereka namun tidak semua pekerja melakukan perkara yang sama.

Baca juga kisah lelaki ini yang menjadikan belakang keretanya sebagai kedai kopi di pautan di bawah.Β 

Cipta Keunikan Jual Kopi Belakang Kereta, ‘Kedai’ Di Johor Bahru Ini Curi Perhatian Netizen

Hero Tahan Peragut Terima Hadiah Jam Tangan Ketika Sedang Jual Burger

Sumber