Idea mencipta sampan kotak oleh 2 orang pereka dari Belgium ini sungguh kreatif, rekaan sampan yang unik lain daripada yang lain. Sampan kotak ini boleh dilipat dan mudah dibawa kemana-mana.

Konsep rekaan sampan seperti origami ini bertujuan untuk memudahkan anda berjalan di sungai-sungai sekitar bandar Belgium. Seperti yang anda tahu, Bandar Belgium memang terkenal dengan laluan airnya. Jadi ini di antara cara yang seronok untuk menikmati permandangan di bandar ini.

sampan kotak 1

Projek sampan kotak atau dikenali sebagai ONAK ini sudah diperkenalkan di laman web kickstarter pada bulan Ogos baru-baru ini. Yang menariknya, sampan ini diperbuat dari bahan khas yang ringan dan tidak mudah tenggelam.

Untuk proses pemasangan pula, ia hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja, mudah dan cepat. Sampan ini boleh didapati dengan set lengkap berserta pendayung dan beg.

Idea rekaan sampan mudah alih oleh 2 orang pereka kreatif dari Belgium, Otto Van De Steene dan Thomas Weyn ini mungkin yang pertama di dunia. Kalau ada dijual untuk pasaran Malaysia pun menarik juga, bolehlah berseronok pada musim banjir nanti!.