Siapa sahaja yang sanggup membelanjakan wang sebanyak USD10,000 (lebih kurang RM42,000) untuk sepasang kasut? Bagi pemilik kasut ini, beliau yakin ada yang akan membelinya.

Pemilik kasut ini, dtutt77 mengeluarkan iklan kasut ini laman Ebay. Menurut beliau, kasut Nike ZoomX Vaporfly Elite ini sangat rare dan masih tidak dikeluarkan untuk pasaran umum. Kasut ini direka khas untuk pelari jarak jauh, Eliud Kipchoge yang beberapa bulan lalu memecahkan rekod apabila berlari marathon penuh(42km) dengan masa hanya 2 jam 25 saat. Eliud berlari untuk projek Nike, BREAKING2 (projek larian marathon bawah 2 jam) ketika mencatat masa larian ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut dtutt77, hanya 3 saiz dihasilkan untuk projek BREAKING2 ini. Kasut ini didatangkan dengan kotak kasut diperbuat daripada kayu dan beliau sendiri mendapat kasut ini apabila menyertai acara larian 5KM yang dianjurkan oleh Nike.

Selain dibuat khas untuk Eliud Kipchoge, model ini juga menggunakan tapak ZoomX, tapak baharu dari Nike yang khabarnya lebih sedap dipakai berbanding tapak kasut Nike yang lain. Untuk membelanjakan US10,000 untuk sepasang kasut rasanya amat melampau. Rekaannya bukanlah cantik sangat. Kita tunggu kasut ini akan terjual atau ianya akan disimpan kembali oleh tuan kasut.

Anda berminat untuk buat bidaan? Boleh klik di sini.