Melihat kepada tajuknya sahaja pasti anda terfikir apakah relevennya Samsung mengeluarkan sebuah kamera yang hadir degan lensa yang sangat banyak. Secara asasnya, penyediaan 17 lensa ini dikhususkan buat pengguna yang mahu merakam video 3D secara 360 darjah.

Berdasarkan 17 lensa yang tersedia ini, 16 daripadanya terdiri daripada 8 pasang lensa terletak dibahagian tepi manakala satu lagi diletakkan dibahagian atas. Selain itu, Samsung 360 Round turut dilengkapi dengan sokongan 6 mikrofon secara terbina.

Anda juga berpeluang merakam video 3D melalui ruang storan 40 GB terbina dan sekiranya tidak mencukupi anda juga berpeluang menambah external SSD sehingga 2 TB.

Samsung 17 lens

Samsung 360 round

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage6252659823dbf8-a9ad-4070-87b8-63f566124d7f

Memandangkan teknologi yang diumumkan Samsung masih baru, harga yang mahal pastinya tidak mengejutkan ramai. Anda berpeluang mendapatkan Samsung 360 Round apabila mula ditawarkan pada bulan ini dengan harga sekitar $10,500 (RM44,373.00). Melihat kepada harga dan fungsi yang ditawarkan, jelas kamera ini bukanlah untuk penggunaan orang ramai.

Sumber