Sekiranya anda merupakan seorang gamers konsol tegar, pastinya anda mendambakan TV yang terbaik untuk dipadankan bersama konsol.

Kami pada kali ini sempat mencuba sebuah TV daripada Samsung menerusi model Samsung AU9000 yang hadir dengan pelbagai fungsi menarik buat para gamers.

Samsung AU9000 dilengkapi dengan bezel nipis dan sokongan 120hz. Menariknya, model ini turut menyokong game mode dalam menawarkan kepuasan berganda buat para gamers. Fungsi Tap View yang tersedia pastinya bakal memudahkan pengguna di samping penawaran aplikasi Netflix.

Pelbagai lagi fungsi yang tersedia pada model 65-inci ini. Ketahui lebih lanjut dengan tonton review penuh daripada Izatt bagi model yang menjadi idaman para gamers ini.