Sukan Olimpik Rio bakal diumumkan tidak lama lagi. Dan nampaknya Samsung sekali lagi bakal menjadi penaja rasmi sempena acara sukan yang penuh berprestij ini.

Jika sebelum ini Samsung pernah bekerjasama dengan DC untuk hasilkan Samsung Galaxy S7 Edge edisi ‘Batman’, kini Samsung sekali lagi bakal mengeluarkan sebuah lagi set edisi terhad S7 Edge edisi Olimpik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Set yang hadir dengan bilangan yang terhad ini didatangi dengan beberapa kombinasi warna yang menarik dan elegen. Menerusi gambar tertiris yang dikongsikan oleh @evleaks, earpiece bersama home button diberi kemasan warna emas manakala bingkai lens kemera hadir dengan warna biru subaru.

Seperti set ‘Batman’ sebelum ini, S7 Edge edisi terhad ini juga turut hadir dengan beberapa icon pack dan software dalaman yang sedikit berbeza. Logo rasmi ditampilkan pada belakang telefon.

Nampaknya, semakin banyak set edisi terhad hasil kerjasama beberapa pihak bersama Samsung. Adakah ini salah satu cara marketing Samsung untuk memastikan produk keluarannya sentiasa ‘fresh’ di dalam pasaran? Apa pendapat anda?