Teknologi earphone tanpa wayar bukanlah sesuatu yang baru. Boleh dikatakan setiap kali MWC atau CES kita akan melihat syarikat-syarikat audio akan mengeluarkan earphone tanpa wayar dengan teknologi terbaru namun tidak banyak yang menjual earphone sebegini secara meluas.

Samsung pada tahun ini mengambil inisiatif untuk mengeluarkan earphone tanpa wayar yang akan dinamakan sebagai Samsung Gear IconX. Dijangka earphone daripada Samsung ini bakal hadir dengan fungsi touchpad control, pengesan kecergasan dan ruang storan 4GB khas buat pengguna melayan muzik kegemaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

phpp55c0j

Oh ya, memandangkan Samsung Gear IconX dibina khas buat yang berminat untuk bersukan, earphone ini hadir dengan fungsi kalis air dan debu.

Dalam pada itu, dikatakan Samsung juga sedang mengusahakan Samsung Gear Fit terbaru yang pernah diumumkan versi pertamanya pada 2014. Samsung Gear Fit bakal mempunyai saiz skrin 1.84-inci Super Amoled dan GPS bagi memudahkan pengguna untuk mengesan jarak dengan tepat ketika bersenam.

Sumber