Sekiranya kualiti kamera diukur melalui saiz sensor kamera, mungkin sensor kamera Samsung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini bakal menjadi juara. Terbaru, Samsung melalui laman Twitter telah mengumumkan atur cara bagi memperkenalkan sensor kamera ISOCELL yang dijadualkan pada minggu 12 Ogos ini.

Berdasarkan beberapa sumber, sensor terbaru daripada Samsung ini bakal menyertakan sensor sebesar 108-megapixel serta bakal digunakan pada telefon pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/samsungisocell/status/1159830912743464960

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Samsung memperkenalkan sensor kamera dengan saiz yang besar. Sebelum ini Samsung turut memperkenalkan sensor ISOCELL 64-megapixel yang digunakan pada beberapa jenama telefon pintar yang lain.

Pengenalan sensor yang digunakan ini sekaligus bakal mengalahkan rekod Lenovo yang menawarkan sensor daripada gabungan empat kamera 100-megapixel. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana sensor yang besar ini bakal mempengaruhi industri kamera telefon pintar.

Sumber