Masih ingatkah anda pada tahun lepas Samsung pernah mengeluarkan Samsung S6 Edge khas buat peminat Iron Man?  Ternyata, kerjasama Samsung bersama superhero tidak berakhir disitu sahaja. Samsung dengan kerjasama DC Comics bakal mengeluarkan Samsung S7 Edge edisi Batman tidak lama lagi.

phpbpz77d

Samsung Mobile mengesahkan kehadiran Samsung Galaxy S7 Edge melalui laman twitter mereka bersama-sama dengan DC Comics. Dikatakan kehadiran Samsung S7 Edge edisi Batman ini sempena francais filem Injustice bakal yang sedang diusahakan DC Comics ketika ini.

Pihak Samsung dijangka akan mengumumkan beberapa info lain mengenai telefon pintar ini. Kami tertanya-tanya apakah yang akan tersedia bersama telefon pintar edisi khas ini sepertimana Samsung S6 Edge Iron Man edition seperti sebelum ini.

Maka bolehlah kita katakan bahawa ‘Samsung dan superhero bersahabat baik’ apabila Samsung berjaya untuk bekerjasam dengan 2 ikon terbesar Marvel dan DC Comics.