Akhir-akhir ini dilihat Samsung sangat mementingkan pengguna. Begitu juga dengan Samsung Malaysia. Pada mulanya Samsung mengumumkan Samsung Galaxy Note 7 diumumkan dengan harga yang lebih tinggi. Untuk memberi saingan kepada Apple serta menarik minat pembeli, Samsung Malaysia telah menurunkan harga Note 7 hanya kepada RM3199. Masih mahal namun sangat releven buat telefon pintar flagship dengan ciri-ciri yang seakan sempurna.

Terbaru, Samsung mengumumkan mahu menjual telefon pintar terpakai atau ‘second hand’ melalui outlet-outlet utama. Saya sangat setuju dengan idea Samsung ini. Antara sebabnya, telefon Samsung kerap mengalami masalah kejatuhan harga beberapa bulan selepas dilancarkan. Bukan bermakna telefon mereka tidak bagus cuma harga akan menurun dengan cepat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan mendapatkan telefon terpakai pada kategori flagship dilihat pembelian yang sangat berbaloi. Seterusnya, pelan Samsung untuk menjayakan idea ini tidak lain dan tidak bukan untuk meningkatkan pengguna Samsung di seluruh negara.

samsung-galaxy-s7-edge-review-main

Samsung Galaxy S7 Edge antara telefon pertama yang akan mula dijual secara terpakai. Dari segi spesifikasi, sememangnya masih hebat malah antara top 10 telefon Android dengan spesifikasi yang hebat. Tidak kurang juga kameranya. Dengan harga penjualan yang mahal mungkin membantutkan peluang pengguna yang ingin menggunakan peranti ini lantas idea untuk mendapat telefon ini di dalam keadaan terpakai dilihat sebagai sebuah idea yang bernas.

Dalam pada itu, jika Samsung Malaysia juga mula mengimplementasikan idea yang sama, kemungkinan penjualan telefon kategori ‘mid-range’ bakal mendapat persaingan yang hebat berikutan harga penjualan yang hampir sama.

Apa pendapat anda? Adakah anda selesa untuk mendapatkan telefon flagship terpakai atau telefon mid-range yang baru.

Berikut merupakan jawapan daripada Amanz.

 

Sumber