Mungkin teknologi skrin rata dengan paparan yang jelas dan terang sudah sampai ke penghujung. Samsung nampaknya mahu bersedia awal untuk sebelum mengeluarkan siri terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy X.

Samsung-youm-flex-screens-8802_620x413

Samsung nampaknya mahu menjadi ‘trendsetter’ dengan mengeluarkan telefon pintar berkategori flagship dengan rekaan skrin boleh lipat atau lebih fleksibel. Samsung sebelum ini pernah eksperimen perkara ini pada Samsung Galaxy S7 Edge dan nampaknya mahu selangkah kepada inovasi yang lebih diluar jangkaan.

Berdasarkan beberapa laporan, skrin fleksibel Samsung ini tidak akan hadir dengan parapan 4k seperti yang dijangkakan. Walaubagaimanapun penggunaan skrin 5.7-inci AMOLED tidak akan mengecewakan disertakan resolusi 2560 x 1440.

youm1

Setakat ini masih belum terdapat tarikh yang ditetapkan Samsung sempena pelancaran telefon pintar Galaxy X. Adakah ini bermakna Samsung Galaxy S7 merupakan siri terakhir di dalam Galaxy S. Sama-sama kita nantikan.