Samsung Galaxy A24 akhirnya ditawarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia. Model ini merupakan sebuah peranti bajet yang boleh didapatkan pada harga RM999 yang mana tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, merah gelap dan hitam.

Dari segi spesifikasi pula, Samsung Galaxy A24 menggunakan skrin sebesar 6.5-inci Super AMOLED FHD+ lalu dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G99 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Samsung

Peranti ini turut menyediakan ruang tambahan menerusi kad mikroSD sehingga 1TB. Menariknya, skrin peranti ini mempunyai kecerahan 1,000 nits yang mana sangat sesuai digunakan dalam pelbagai senario termasuklah di bawah cahaya matahari.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 5MP + 2MP yang juga menyokong OIS. Seterusnya kamera hadapan pula sebesar 13MP yang diletakkan di dalam takuk kecil. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh yang boleh dicas semula menerusi port USB-C, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.3 dan NFC.

Jika anda berminat dengang Samsung Galaxy A24, bolehlah dapatkan di laman rasmi Samsung, Shopee atau Lazada. Bahkan, anda berpeluang menerima waranti tambahan selama setahun dan juga kerangka jenis lutsinar secara percuma.

Sumber