Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mulai menawarkan siri Galaxy-A pada tahun 2019 bagi menguasai pasaran kelas pertengahan telefon pintar, siri ini dilihat masih releven memasuki tahun ketiga. Pada tahun ini, Samsung telah memperkenalkan beberapa pembaharuan terbaru menerusi tiga model yang dilancarkan iaitu Samsung Galaxy A32,52 dan A72.

Menariknya pada kali ini, Samsung berjaya menawarkan beberapa ciri yang terdapat pada telefon pintar flagship pada siri-A sekaligus membuatkan model ini tampil lebih premium dengan harga mampu milik.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Rekaan dan skrin

photo6296211186382908440

Rekaan yang mulai ditawarkan pada telefon pintar flagship nampaknya sedia ditawarkan pada kelas pertengahan di mana rekaan Infinity-O telah digunakan.

Penyertaan kamera pada bahagian tengah secara tidak langsung membuatkan model ini tampil dengan skrin penuh pada bahagian hadapan tanpa diganggu dengan takuk yang besar.

Model yang hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED FHD+ ini sememangnya seakan pengalaman melihat telefon pintar flagship. Warnanya yang terang membuatkan penggunat tidak lagi mempunyai masalah untuk melihat meskipun pada keadaan cahaya yang terang. Oh ya, model ini juga turut menyokong refresh rate sehingga 90Hz.

Dalam usaha untuk tampil lebih moden dan minimal, Samsung turut menawarkan pengimbas cap jari di atas skrin dalam memudahkan pengguna unlock telefon pintar mereka.

photo6255638850835688364

Tampil dengan warna Awesome Blue sememangnya membuatkan model ini dilihat sangat ceria berbanding kebanyakan telefon pintar yang kini di pasaran dengan warna gelap.

Dalam pada itu, agak lebih menarik sekiranya Samsung menggunakan material aluminium atau glass back berbanding plastik dalam membuatkan model ini tampak lebih premium. Walau bagaimanapun, model ini masih selesa untuk digunakan serta tidak mengalami masalah mudah panas meskipun digunakan dalam tempoh yang panjang.

Spesifikasi

photo6255638850835688368

Model ini dihasilkan dan disasarkan sebagai model telefon pintar kelas pertengahan bersesuaian dengan harganya. Dalam pada itu, Samsung nampaknya tidak mengetepikan beberapa ciri dan fungsi yang sebelum ini terdapat pada telefon pintar flagship sahaja.

Menyokong rangkaian internet 5G, model ini dilengkapi dengan processor Snapdragon 720G beserta RAM 8GB. Storan dalaman 256GB beserta sokongan  membolehkan pengguna menyertakan data sehingga 1TB.

Sepanjang penggunaan, Samsung Galaxy A72 tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalankan aplikasi kegunaan harian. Malah, model ini turut menyokong game terkini dengan tetapan grafik tertinggi sekaligus mengesahkan model ini sangat releven untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Menariknya, Samsung turut menawarkan kapasiti bateri yang boleh dikatakan agak besar pada model ini iaitu 5,000mAh dan turut diberikan pengecasan 25W bersama dalam kotak. Ketahanan bateri untuk model ini sememangya amat baik di mana pengguna pengguna berpeluang menerima 7 hingga 8 jam screen on time untuk satu pengecasan penuh.

Kamera

photo6296211186382908441

Samsung Galaxy A72 ditawarkan dengan kamera utama menggunaakan sensor 64-megapixel. Selain itu, model ini turut memiliki jumlah kamera seumpama telefon pintar flagship menerusi penawaran lensa ultra lebar 12-megapixel, telefoto 12-megapixel dan makro 5-megapixel.

Berdasarkan penggunaan boleh saya katakan kualiti kamera Samsung Galaxy A72 adalah baik namun masih belum cukup mencapai tahap telefon pintar flagship. Pengguna mungkin mengalami masalah melibatkan autofocus pada beberapa waktu.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda bukan seorang yang meletakkan kualiti kamera sebagai kriteria utama, model ini masih lagi pilihan terbaik. Anda masih berpeluang mendapatkan gambar daripada sudut berbeza menerusi lensa yang ditawarkan.

Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A72. Imej yang dihasilkan menerusi kamera belakang yang sangat punchy pada model ini wajar diberikan pujian.

20210406_090403

20210407_163638

20210406_090706

Macro shot

20210406_091056

mod Potrait

20210407_163953

kamera hadapan

Harga

photo6255638850835688366

Samsung Galaxy A72 sedia ditawarkan dengan harga RM1,899 di mana harga yang ditawarkan dilihat agak berbaloi menerusi spesifikasi dan penawaran kamera yang terkini.

Selain itu, model ini turut ditawarkan charger di mana sejumlah besar telefon pintar flagship kini tidak lagi menawarkannya. Sekiranya anda tidak mahu berbelanja besar dan budget telefon pintar anda berada pada paras bawah RM2,000, Samsung Galaxy A72 pastinya antara pilihan terbaik untuk anda dapatkan. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan pilihan empat warna berbeza.

Ikuti juga review penuh kami bagi model terbaik Samsung pada ketika ini iaitu Samsung Galaxy S21 Ultra.

Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini

Samsung Galaxy Buds Pro, TWS Premium Dan Terbaik Di Pasaran Ketika Ini

Anda Mungkin Suka