Samsung bakal mengeluarkan telefon pintar untuk Siri A8 terbaru selepas tertiris gambar manual peranti ini. Berikut merupakan beberapa butiran mengenai smartphone terbaru daripada Samsung ini.

Antara ciri yang menarik perhatian pengguna ialah penggunaan dwi-kamera pada kamera hadapan dengan sokongan Live Focus untuk selfie.

Seterusnya, peranti ini bakal menggunakan skrin Infinity Display, dan bezel nipis sepertimana S8 dan Note 8. Sensor cap jari pada kali ini turut diubah untuk lebih mudah dicapai berbanding model sebelum ini.

img_5a300867399da

img_5a3008770e700

Penggunakan dwi kamera pada kamera hadapan menjadikannya model pertama keluaran Samsung menggunakan fungsi ini. Tiada butang fizikal untuk fungsi Bixby pada bahagian sisi untuk model peranti ini seperti smartphone flagship mereka. Samsung Galaxy A8 (2018) akan mula dijual pada awal tahun hadapan.