Sejak mula diperkenalkan pada 2016, A-series berjaya menjadi pilihan ramai pengguna dengan penawaran smartphone mid-range sehingga berjaya meningkaktan pendapatan tahunan Samsung.

Pada tahun ini, Samsung dilihat ingin mengulangi skrip yang sama dengan memperkenalkan Samsung Galaxy A8 (2018). Model ini juga merupakan model dengan spesifikasi tertinggi daripada siri A-Series pada tahun ini.

Kami daripada VOCKET sempat untuk mencuba model ini untuk beberapa minggu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai potensi smartphone ini. Nak tahu best atau tidak? Berikut merupakan review daripada kami.

Rekabentuk

IMG_0004

Pada pendapat kami, memegang Samsung Galaxy A8 seringkali membuatkan kami teringat akan Samsung Galaxy S8. Anda akan mendapat feel yang sama meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi rekaan.

Paparan yang terang disertai dengan bezel yang nipis antara yang membuatkan Samsung Galaxy A8 tampil premium meskipun dikeluarkan sebagai smartphone mid-range.

Seperti juga smartphone Samsung lain yang terbaru, perletakan fingerprint scanner masih lagi dibahagian belakang yang mana bakal membuatkan anda tersentuh bahagian kamera ketika ingin unlock smartphone anda.

Spesifikasi

IMG_0005

Samsung Galaxy A8 dikuasai dengan processor Exynos 7785 dan 4GB RAM. Berdasarkan penggunaan ini Samsung Galaxy A8 berjaya menawarkan pengalaman yang baik serta lancar dalam penggunaan aplikasi harian seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Berbeza dengan Samsung Galaxy S8 yang menggunakan teknologi Infinity Display, Samsung Galaxy A8 masih lagi menggunakan teknologi paparan Super AMOLED. Pada kami, paparan yang digunakan sangatlah memuaskan ditambah pula dengan nisbah 18.5:9 yang membuatkan model ini lebih puas untuk dilihat.

Pada model tahun ini, Samsung Galaxy A8 turut dilengkapkan dengan teknologi IP68 dimana anda berpeluang untuk menggunakan smartphone ini tanpa risau dengan percikan air. Oh ya, anda juga boleh membawa masuk Galaxy A8 di dalam air untuk seketika waktu tanpa sebarang masalah.

Penawaran teknologi fast charging sekaligus membuatkan smartphone ini berada sebaris dengan smartphone flagship yang membolehkan anda mengecas smartphone ini dalam masa yang singkat.

Kamera

IMG_0006

Samsung Galaxy A8 dilengkapi dengan tiga kamera. Sekiranya anda berpendapat dua daripada kamera ini disediakan dibahagian belakang anda mungkin silap kerana model ini lebih memberi penekanan buat mereka yang gemar menggunakan kamera hadapan untuk berswafoto.

Kamera belakang Galaxy A8 dilengkapi dengan lensa 16-megapixel manakala kamera hadapan dilengkapkan dengan lensa 16-megapixel dan 8-megapixel.

Berdasarkan hasil ujian kami, Samsung Galaxy A8 berjaya menawarkan kualiti kamera yang baik khususnya bahagian belakang kamera meskipun beraksi dengan satu lensa. Berikut merupakan antara hasil gambar daripada kamera Samsung Galaxy A8.

gsmarena_006

gsmarena_007

gsmarena_025

thumb_20180313_153153_1024

thumb_20180313_153446_1024
Diambil menggunakan kamera hadapan Samsung Galaxy A8

Adakah berbaloi?

Samsung Galaxy A8 2018

Samsung Galaxy A8 berjaya menawarkan pengalaman seakan smartphone flagship. Anda akan mendapatkan sebuah smartphone yang smooth untuk digunakan, kamera yang baik serta teknologi fast charging dan IP68.

Dalam pada itu, harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan agak tinggi berbanding smartphone mid-range yang ditawarkan oleh beberapa jenama yang lain. Semuanya disebabkan penawaran IP68 yang membolehkan model ini menahan daripada percikan air serta boleh digunakan untuk merakam di dalam air buat seketika waktu tanpa sebarang masalah.

Sekiranya anda seorang yang sudah terbiasa dengan smartphone daripada Samsung dan tidak berminat untuk berbelanja besar untuk mendapatkan smartphone flagship, mendapatkan Samsung Galaxy A8 sudahpun memadai dan terbaik dengan harga penawaran RM1,799.

Khusus melalui pembelian secara atas talian, anda berpeluang mendapatkan memori kad microSD 64 GB, powerbank 10,000 mAh daripada Samsung serta beberapa hadiah lain bernilai lebih RM300. Berbaloi bukan?

Sumber