Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan jenama Samsung pastinya anda cukup tahu dimana jenama ini pada akhir-akhir ini telah meletakkan siri-A mereka sebagai model eksperimen.

Jika sebelum ini menerusi Samsung Galaxy A9 model ini dilengkapi dengan empat kamera, pada kali ini melalui model Galaxy A80 Samsung sekali lagi menghasilkan inovasi terbaru dengan penyertaan kamera bermotor yang boleh diputar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
N2nQvVQiignmhXGxUpKySK
Sumber: TechRadar
samsung-Galaxy-A80-
Sumber: ExpertReviews

Penawaran teknologi terbaru daripada Samsung ini secara tidak langsung membolehkan pengguna menerima kamera yang sama pada bahagian hadapan dan juga belakang sekaligus membuatkan skrin bebas daripada sebarang takuk.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy A80 hadir dengan skrin 6.70inci Super AMOLED. Processor yang digunakan pada model ini adalah Snapdragon 730G. RAM 8GB dan ruang storan bersaiz 128GB antara yang disertakan. Turut dilengkapkan bersama adalah bateri dengan kapasiti 3700mAh beserta sokongan pengecasan pantas.

galaxy-a80-1

Sebanyak tiga warna yang ditawarkan buat Samsung Galaxy A80 iaitu emas, putih dan hitam. Setakat ini masih belum diketahui berapakah harga rasmi yang bakal ditawarkan buat model ini.

https://www.youtube.com/watch?v=GzM1FwLV3Ds