Sekiranya pada awal tahun ini ramai yang terkejut dan mengangap pengenalan telefon pintar dengan tiga kamera dibelakang sudah cukup banyak, pada hari ini Samsung pula berjaya yang pertama di dunia dengan memperkenalkan telefon pintar dengan empat kamera.

Berita yang pada mulanya bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya berjaya menjadi kenyataan melalui acara pelancaran rasmi Samsung Galaxy A7 dan A9.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

galaxya9_02photo6195050881062381599

Dari segi spesifikasi, model Galaxy A9 hadir dengan skrin 6.3-inci SAMOLED dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 710. Model ini turut hadir dengan saiz storan agak tinggi iaitu 512 GB dengan penyertaan RAM 6/8 GB mengikut variasi model.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang membezakan setiap lensa yang ditawarkan Samsung Galaxy A9? Kamera belakang model ini hadir dengan gabungan empat kamera 24, 10,8 dan 5 megapixel.

Samsung-Galaxy-A9-2o18

Kamera utamanya dilengkapi dengan 24-megapixel untuk tangkapan biasa dengan lensa f/1.7. Kamera kedua hadir dengan lensa zoom optikal 2X manakala kamera ketiga merupakan wide lens dan terakhir sekali lensa keempat dilengkapi dengan lensa f/2.2. Bahagian hadapan pula model ini dilengkapi dengan kamera 24-megapixel untuk berswafoto.

Model ini bakal mula ditawarkan pada bulan November ini. Setakat ini, tanda harga bagi model inovatif dan unik dari Samsung ini masih belum diumumkan. Mungkinkah akan terdapat model dengan lima kamera tidak lama lagi?

https://www.youtube.com/watch?v=sWc57bVUoFk