Samsung pada minggu ini telah melancarkan Samsung Galaxy A9 Pro. Secara umumnya, Samsung Galaxy A9 Pro adalah penambaikan kepada model sebelumnya iaitu Samsung Galaxy A9.

Kali pertama kami mengetahui tentang spesifikasi Samsung Galaxy A9 Pro ini, apa yang terlintas di fikiran kami adalah telefon pintar ini bakal menjadi impian buat mereka yang melakukan bisnes secara online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault (1)

Apa yang membuatkan kami berpendapat demikian kerana Samsung Galaxy A9 Pro dilengkapi dengan skrin 6 inci HD penuh Super AMOLED serta processor Snapdragon 652 SoC 1.8Ghz 8 teras. Galaxy A9 Pro juga dilengkapi dengan sokongan dwi-sim dan penambahan slot kad mikro SD. RAM yang akan digunakan juga agak tinggi iaitu 4GB.

Saya pasti pengguna pasti tertarik memandangkan spesifikasi ini sedikit-sebanyak bakal mengurangkan dua masalah utama buat pengguna telefon pintar iaitu masalah bateri yang cepat habis dan masalah ‘lagging’.

Telefon pintar ini bakal memberi saingan yang hebat buat Xiaomi Mi Note 3 memandangkan Galaxy A9 Pro juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari serta menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu Android Marshmallow 6.0.1. Galaxy A9 Pro juga dilengkapi dengan 16 megapixel dan kamera 8 megapixel di bahagian hadapan.

Samsung Galaxy A9 Pro bakal dijual dengan 3 warna menarik iaitu putih, merah jambu dan rose gold dengan harga $540. Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi tentang harga Samsung Galaxy A9 Pro buat pasaran Malaysia.