Tidak dapat dinafikan pengaruh selebriti Korea dalam masyarakat ternyata sangat kuat. Daripada hiburan sehinggalah pelbagai aspek kehidupan lain seperti cara pemakaian dan barangan yang digunakan atau diperagakan mereka, ianya akan menjadi ikutan para peminat.

Pengaruh ini akan menjadi makin kuat jika seleberit-selebriti yang menggayakannya adalah merupakan yang digilai ramai seperti kumpulan BTS. Perkara itu dapat dilihat melalui kerjasama mereka bersama Samsung untuk produk terbaru Galaxy Buds Pro baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang kurang jelas, Samsung Galaxy Buds Pro adalah merupakan sejenis fon telinga tanpa wayar dengan menggunakan teknologi baharu bagi menghasilkan bunyi dan pengalaman mendengar muzik yang hebat.

Menerusi perkongsian jenama dari Korea itu di Twitter, pihak Samsung telah memuat naik gambar memaparkan beberapa ahli dari kumpulan BTS iaitu Kim Tae-hyung, Kim Seok-jin dan J-hope sebagai model dalam  memperagakan koleksi Galaxy Buds Pro.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Galaxy Buds Pro boleh didapati di dalam tiga warna iaitu ungu, perak dan hitam. (phantom violet, phantom silver, phantom black)

Ingin beralih ke jenama Samsung

Melalui semakan yang dibuat di akaun rasmi yang memuat naik poster berkenaan, tindakan pihak Samsung menggunakan ahli kumpulan BTS menyebabkan rata-rata daripada peminat kumpulan tersebut tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka untuk memiliki koleksi tersebut.

“Saya akan beli keseluruhan stok jika Seok-jin yang mengiklankan koleksi tersebut,” luah seorang netizen di ruangan komen.

Selain itu, ada juga di antara peminat yang memberi komen di mana beliau sanggup menjual organ dalaman beliau iaitu buah pinggang bagi memiliki koleksi tersebut. Difahamkan beliau ingin berbuat demikian demi kumpulan kegemaran beliau.

Terdapat sebahagian daripada peminat bagi kumpulan idol tersebut yang turut meninggalkan komen di mana rata-rata daripada mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli koleksi tersebut namun mereka tetap ingin membelinyat hanya kerana terpengaruh dengan kumpulan kegemaran mereka.

Jika anda berminat untuk menonton acara Unpacked yang telah disiarkan, anda boleh tontonya di sini.

Baca juga perkongsian kami terdahulu mengenai baju yang dipakai Tae-hyung dari kumpulan BTS seperti baju batik sekolah pada pautan di bawah.

Persis Baju Batik Sekolah, Pakaian Taehyung BTS Ini Curi Perhatian Netizen

10 Lagu Ikonik K-Pop Yang Pernah ‘Menghantui’ Dan Didengari Rakyat Malaysia

Sumber