Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah menjadi kebiasaan ketika ini di mana orang ramai lebih selesa menggunakan true wireless stereo (TWS) berbanding earphone konvensional yang dilengkapi wayar.

Sokongan sambungan yang lebih mudah dan pantas serta harga mampu milik yang ditawarkan antara yang membuatkan earphone jenis tanpa wayar menjadi pilihan.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Melihat kepada trend orang ramai yang menjadikan TWS sebagai pilihan audio, Samsung pada tahun ini telah melancarkan model TWS premium mereka menerusi model Samsung Galaxy Buds Pro. Tidak hanya sekadar sebuah earphone tanpa wayar, teknologi yang ditawarkan pada model ini antara yang membuatkan kami teruja untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Pada model keluaran pada kali ini, Samsung tidak hanya keseorang malah turut dibantu dengan jenama audio profesional iaitu AKG dalam menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik buat para pengguna.

Rekaan

photo6176967939169823744

Menerusi rekaan Samsung Galaxy Buds Pro, Samsung telah tampil dengan sebuah bekas yang kemas serta tampak premium untuk mengecas dan menyimpan earphone. Lebih menarik, sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar, bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kitar semula.

Mengulas mengenai Samsung Galaxy Buds Pro, model ini hadir dengan rekaan yang sedikit besar berbanding earphone konvensional yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, berdasarkan percubaan kami, rekannya yang kelihatan sedikit besar bukanlah masalah memandangkan model ini selesa untuk digunakan menerusi jisimnya yang ringan.

photo6176967939169823746

Rekannya yang minimal membuatkan Samsung Galaxy Buds Pro selesa untuk digunakan dalam tempoh yang panjang meskipun sewaktu beriadah

Kami berpendapat, saiznya turut dipengaruhi dengan butang yang tersedia pada model ini untuk memudahkan pengguna mengaktifkan fungsi noise cancelling.

Penggunaan dan kualiti bunyi

photo6176967939169823772

Penggunaan Samsung Galaxy Buds Pro membolehkan pengguna memilih tiga mod yang terdiri daripada Actice noise cancelling (ANC), Ambient sound atau mod biasa.

Mod yang paling kerap digunakan kami sudah pastinya Actice noise cancelling yang pada kami sangat cemerlang pada model ini. Anda bukan sahaja dapat membatalkan bunyi bising pada bahagian luar sewaktu mendengar muzik, malah turut boleh diaktif sewaktu tidak mendengar muzik untuk suasana yang lebih senyap.

Samsung pada kali turut bekerjasama dengan syarikat audio popular iaitu AKG. Menerusi kerjasama ini, para pengguna berpeluang mendapatkan kualiti audio yang tinggi di mana bass kedengar lebih punchy serta treble yang ditawarkan juga sangat memuaskan. Oh ya, model ini turut ditawarkan dengan sokongan perisian yang membolehkan pengguna memilih mod pendengaran serta equalizer mengikut minat anda.

photo6176967939169823757

Sebuah lagi fungsi yang menarik perhatian kami adalah fungsi Voice Detect di mana model ini cekap mengensan sekiranya terdapat individu yang bercakap di hadapan anda dengan mengurangkan bunyi audio.

Melalui fungsi ini anda tidak lagi perlu memberhentikan lagu dan membuka Samsung Galaxy Buds Pro setiap kali ingin mendengar atau bercakap dengan sesiapa. Menarik bukan?

Adakah Samsung Galaxy Buds Pro berbaloi?

photo6176967939169823755

Samsung Galaxy Buds Pro sedia ditawarkan di pasaran pada harga sekitar RM799. Mengetahui secara umum, model ini merupakan pencabar utama kepada Apple AirPods Pro yang hadir pada harga RM1,099, penawaran harga Samsung Galaxy Buds Pro dilihat sangat berbaloi.

Model ini berjaya membuktikan kepada jenama-jenama lain sebagai penawar TWS terbaik di pasaran ketika ini khususnya buat pengguna Samsung Galaxy. Fungsi yang menarik perhatian kami sudah pastinya sokongan noise cancelling yang sangat cekap di samping menawarkan kualiti bunyi yang terbaik pada sepasang earphone wireless.

Sekiranya anda dambakan earphone mudah alih, kualiti bunyi yang mantap serta dilengkapi sokongan noise cancelling, Samsung Galaxy Buds Pro pastinya pilihan terbaik untuk anda dapat ketika ini dengan harga sekitar RM799. Anda boleh klik di sini untuk dapatkannya dengan harga yang berbaloi.

Ikuti juga review penuh kami mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra yang merupakan antara peranti Android terbaik di pasaran pada ketika ini.

Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini

Lengkapkan Keperluan Harian Anda, Ini 3 Perkara Menarik Samsung Galaxy S21 Yang Perlu Anda Tahu

Anda Mungkin Suka