Mula diperkenalkan secara prototaip pada bulan Februari lalu, nampaknya penantian pengguna di Malaysia untuk melihat sendiri Samsung Galaxy Fold bakal bermula pada bulan hadapan.

Dilaporkan Samsung Malaysia telahpun mengeluarkan memo ‘Save the date’ dimana model Galaxy Fold bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 Mei 2019 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

190416-samsung-galaxy-fold-malaysia-launch-2

samsunggalaxyfold:vckt

Dari segi spesifikasi, Galaxy Fold hadir dengan dua skrin berbeza bersaiz 4.6-inci Super AMOLED serta 7.3-inci Infinity Flex Display. Model ini menggunakan processor Snapdragon 855 beserta 12GB RAM dan 512 GB ruang storan. Penyertaan tiga kamera pada bahagian hadapan dan tiga kamera pada bahagian belakang secara tidak langsung membuatkan model ini hadir dengan enam kamera.

Harga bagi pra-tempah di Amerika Syarikat adalah sekitar $1,980 (about RM8,191). Dijangkakan Samsung Malaysia bakal menawarkannya dengan harga yang lebih rendah berbanding negara luar melihat kepada beberapa model sebelum ini. Selain itu, para pengguna turut menerima Samsung Buds serta sebuah case khas.

Harga yang premium antara yang dijangkakan melihat kepada teknologi futuristik yang ditawarkan.