Mula diperkenalkan sebagai telefon pintar Samsung dengan penuh inovasi menyertakan skrin yang boleh dilipat, Samsung Galaxy Fold nampaknya mengalami sedikit masalah apabila terdapat sejumlah besar bilangan model keluaran awal mereka mempunyai masalah melibatkan skrin.

Berdasarkan permasalah yang berlaku, Samsung sebelum ini telah mengumumkan untuk menangguhkan penawaran Samsung Galaxy Fold secara rasmi bagi memberikan yang terbaik untuk pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
samsung-galaxy-fold-56
Sumber: CNET

Terbaru, Samsung telah mengumumkan dimana Samsung Galaxy Fold bakal ditawarkan seawal Julai ini namun masih belum diketahui tarikh rasmi. Model ini bakal ditawarkan dengan harga sekitar $1,980 (RM8,240.96). Sememangnya sebuah harga yang premium untuk sebuah teknologi yang baru daripada Samsung.