Jika perlu dipilih satu peranti paling inovatif untuk tahun ini, anugerah tersebut layak diberikan untuk Samsung Galaxy Fold. Walaupun Samsung Fold ini sudah berada di pasaan sejak October yang lalu tetapi better late than never bukan? Jadi kami akan perlihatkan apa keistimewaan Samsung Galaxy Fold ini.

Jadi apa keistimewaan Fold ini berbanding telefon pintar lain yang ada di pasaran? Jawapannya adalah BANYAK.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Galaxy Fold merupakan telefon pintar pertama dengan skrin paparan utama besar (7.3 inci) Dynamic AMOLED Infinity Flex Display. Secara mudah, anda boleh melihatnya sebagai sebuah telefon pintar dan tablet digabungkan menjadi satu.

Walaupun Galaxy Fold ini flexible, tetapi ia tetap lasak. Jurutera di Samsung telah merekanya supaya mudah untuk ditutup dan dibuka seperti buku. Ketika model ini ‘ditarik’ semula dari pasaran (sekitar suku pertama tahun ini), pihak Samsung sudah membuat penambahbaikan supaya ia lebih tahan lasak dan tidak mudah ‘dirosakkan’.

FOLD Ridge

Antara penambahbaikan dibuat pada bahagian ini supaya tidak dapat ‘dikepak’ ke belakang

Selain itu, model ini turut hadir dengan earbuds TWS jenama AKG, 3 kamera di belakang, dua kamera hadapan, bateri 4,380mAh dan paling penting 12GB RAM.

Kameranya sama seperti apa yang anda dapat pada Galaxy S10 dan pengguna Samsung pasti sudah tahu kualiti gambar yang dapat dihasilkan. Jadi kami akan lebih tekankan keistimewaan Fold yang tidak ada pada telefon pintar yang lain

1. Lipat

Samsung Lipat

Inilah perkara paling special yang tidak ada pada telefon pintar lain yang ada di pasaran. Samsung mengakui, mereka buka jenama telefon pertama yang menghasilkan peranti boleh lentur (jenama Royole FlexPai adalah yang pertama).

Tetapi, Samsung berani menyahut cabaran untuk menghasilkan telefon pintar ini di kala jenama lain masih belum ‘berani’ untuk berbuat demikian. Hasilnya? Sebuah peranti premium yang hebat serta lain daripada yang lain.

2. ‘Continuity’ dari skrin hadapan ke dalam

Samsung Lipat 2

Skrin bukan hanya terdapat pada bahagian tengah peranti ini tetapi juga di hadapan. Saiz skrinnya agak kecil dan tidak menyeluruh ke seluruh permukaan hadapan. Mengapa Samsung berbuat demikian?

Kerana mereka peranti ini boleh digunakan dengan sebelah tangan. Jika skrinnya luas, makan tidak semua skrin tersebut akan digunakan sepenuhnya. Lebih menarik, skrin hadapan tersebut mempunyai continuity dengan skrin di bahagian tengah.

Skrin hadapan

Anda boleh menonton video di YouTube seperti biasa di skrin hadapan

skirn dalam

Jika tidak puas, anda buka sahaja dan terus video berkenaan akan bersambung

Sebagai contoh sekiranya anda mahu mengambil gambar dan anda tidak puas melihat skrin di luar, anda cuma buka Fold anda dan anda akan dapat paparan skrin yang lebih besar tanpa peranti ini membawa anda ke bahagian menu utama.

3. Peranti hebat untuk ‘multitasking’

Adakah pekerjaan anda memerlukan anda multitasking? Sekiranya ya, Galaxy Fold ini adalah untuk anda kerana anda boleh menjalankan 3 aplikasi secara serentak di panel utama. Jadi, anda boleh menonton YouTube sambil menjawab emel yang anda baru terima.

Fold Multi 1

Untuk menambah panel pada skrin, anda hanya perlu swipe dari kanan dan pilih aplikasi yang anda mahu

Fold Multi 2

Paparan dua aplikasi serentak

Fold Multi 3

paparan 3 aplikasi serentak

Malah, anda boleh switch aplikasi mana yang anda mahu lihat lebih dengan menukarnya antara panel sahaja. Adakah paparan YouTube anda lag ketika ia beroperasi dengan 3 aplikasi serantak? Jawapannya adalah langsung tidak. Dengan 12 GB RAM yang terdapat pada peranti ini, ia sangat smooth dan tiada gangguan ketika kami ‘bermain’ dengannya.

4. Skrin yang puas hati untuk menonton apa sahaja yang anda mahukan

Samsung Fold Puas

Anda ada iPad Mini di rumah? Bayangkan iPad tersebut boleh dilentur dan dimasukkan dalam poket. Itulah Samsung Fold. Cuma janganlah anda lentur iPad berkenaan. Ia tidak boleh fold.

Dengan skrin 7.3″ QXGA+ Dynamic AMOLED Display (4.2:3), Infinity Flex Display (2152×1536) 362ppi, setiap paparan warna akan menjadi lebih sharp & accurate, cantik dan akan memberikan kepuasan menonton YouTube, Netflix dan apa sahaja video pada kadar yang maksima.

5. Rasa dan ‘feel’ premium

Samsung Premium AKG

Apabila anda memegang Samsung Fold ini, anda dapat rasakan betapa premiumnya peranti ini. Ketika anda melipat peranti ini, ia tidak akan mudah terbuka kerana terdapat magnet didalamnya. Jadi, ia akan sentiasa ‘tertutup’ dan tidak akan mudah terlerai.

Samsung turut membekalkan earbuds True Wireless Stereo (TWS) berjenama AKG yang sangat premium untuk pembeli. Anda yang kaki audio, pasti sangat tahu kemampuan bunyi yang bakal dihasilkan daripada produk AKG. Dan untuk menambah ‘seri’ serta perlindungan untuk Samsung Fold ini, Samsung turut membekalkan casing khas Samsung Fold yang diperbuat daripada kevlar!

Samsung Premium AKG 2

Kualiti bunyi earbuds TWS AKG yang mengancam!

Samsung kevlar case

‘Casing’ berkualiti tinggi yang diperbuat daripada Kevlar

Apa itu kevlar? Kevlar merupakan produk sintetik yang sangat tahan lasak di mana material ini turut digunakan untuk pembuatan bulletproof vest.

Patutkah anda membeli Samsung Fold ini?

samsung kevlar patutkah

Bagi kami, sekiranya anda mahukan kelainan dan mempunyai bajet lebih untuk telefon pintar baharu (Samsung Fold dijual pada harga RM8,388 seunit), Samsung Galaxy Fold adalah antara peranti hebat yang ada di pasaran pada ketika ini.

Sekiranya anda seorang yang multitasker, ini adalah peranti untuk anda. Mungkin di masa akan datang, Fold akan hadir dengan pen stylus seperti Galaxy Note pula? Jika ya, Fold akan menjadi peranti terhebat keluaran Samsung di masa akan datang.

Samsung juga dikhabarkan berminat untuk menghasilkan peranti boleh lentur seperti Motorola RAZR. Anda lebih minat lenturan seperti Fold ataupun RAZR?

Samsung Sekali Lagi Eksperimen Dengan Telefon Pintar Boleh Lipat

Samsung Galaxy S11 Bakal Dilengkapi Dengan Kamera 108-Megapixel

Anda Mungkin Suka