Samsung sememangnya salah satu jenama heavyweight dalam pembuatan telefon pintar Android. Kami berpeluang untuk membuat review sebuah model Samsung, Galaxy J7 Prime. Walaupun telefon ini sudah berada di pasaran sejak bulan September yang lalu, tetapi rasanya masih belum terlambat untuk membuat review untuk telefon ini.

Secara asasnya, Samsung Galaxy J7 Prime ini mempunyai sistem 1.6GHz octa-core Exynos 7870 processor dengan 3GB RAM. Untuk model yang saya terima ini, ia mempunyai memori dalaman 32GB dan boleh dikembangkan sehingga 256GB via kad microSD. Samsung Galaxy J7 Prime dijana Android 6.0 dengan 3300mAh non-removable battery. Smartphone ini juga hadir dengan fungsi Dual-SIM.

img_3579

img_3570

img_3572

img_3574

Packaging telefon ini didatangkan dengan aksesori standard charger, kabel USB dan earphones. Menarik tentang telefon ini adalah apabila ianya berada di tangan. Warna yang saya terima ini adalah warna White Gold dan rasa ‘mahal’ apabila berada di tangan. Mungkin kerana telefon ini rangkanya besi dan bukannya plastik. Jadi ini review kami berdasarkan beberapa kriteria.

1. Skrin

Salah satu perbezaan yang ditampilkan Samsung pada kali ini adalah penggunaan skrin PLS TFT sebagai pengganti kepada IPS LCD. Selain itu, Samsung Galaxy J7 Prime juga mendapat upgrade daripada model Samsung Galaxy J7 dengan paparan 1080p berbanding 720p pada sebelum ini.

Warna yang dihasilkan boleh dikatakan agak baik jika tidak dibandingkan dengan skrin yang digunakan pada flagship model Samsung yang menggunakan skrin AMOLED. Sangat baik untuk kegunaan harian ditambah pula dengan skrin yang sebesar 5.5-inci membolehkan pengguna menonton video atau selfie dengan lebih mudah.

Satu fungsi asas yang saya rasakan Samsung patut tambah pada model ini adalah fungsi adaptive brightness dimana membolehkan telefon ini adjust dengan sendirinya kecerahan skrin yang ingin dikeluarkan. Walaubagaimanapun, dengan penyediaan setting brightness level di bahagian top drawer sedikit sebanyak bakal memudahkan pengguna.

2. Prestasi

Salah satu persamaan diantara Samsung Galaxy J7 Prime dengan model Samsung Galaxy J7 adalah perkongsian processor yang sama iaitu Samsung Exynos 7870 serta dibantu dengan processor Cortex-A53 1.6 Ghz dan RAM 3 GB.

Sejujurnya, boleh saya katakan Samsung does a great job dibahagian performance dimana Samsung Galaxy J7 Prime tidak lagi mengalami masalah lagging ketika saya menggunakannya. Peralihan daripada satu aplikasi ke satu aplikasi yang lain juga sangat baik dan tiada masalah lagging yang berlaku.

Touch Wiz yang hadir pada Samsung Galaxy J7 Prime juga dilihat lebih baik berbanding model-model mid-range Samsung sebelum ini. Touch Wiz pada kali ini dilihat tidak lagi berat dan hadir dengan design yang lebih minimal.

Jika anda seorang casual gamer atau hanya bermain game yang tidak begitu berat seperti Clash Royale atau Plants vs. Zombies smartphone ini dilihat tidak mempunyai masalah prestasi. Walaubagaimanapun, dilihat Samsung Galaxy J7 Prime kurang berjaya untuk beraksi dengan baik apabila bermain game yang memerlukan grafik yang tinggi seperti Asphalt 8 namun masih berjaya dimainkan pada quality yang rendah.

3. Kamera

Pasti ramai yang menunggu review untuk kamera telefon pintar ini kan? Galaxy J7 Prime ini hadir dengan 13MP kamera belakang dan 8MP kamera depan dan setakat yang saya cuba, kamera Galaxy J7 Prime ini beraksi dengan baik di waktu siang dengan pencahayaan baik. Di bawah adalah beberapa contoh gambar ditangkap dengan kamera Samsung Galaxy J7 Prime ini.

gl-3

gl-2

gl-1

Ini pula beberapa contoh gambar di dalam keadaan separa low-light. Kami tidak sempat untuk mencuba gambar kamera smartphone ini di waktu malam (low-light) kerana kesuntukan masa. Kalau dalam keadaan kurang pencahayaan, gambar yang dihasilkan hanya biasa-biasa sahaja. Ada noise yang agak ketara dan kurang sharp.

ll-4

ll-1

ll-3

ll-2

Ini pula contoh gambar selfie. Menarik gambar selfie menggunakan kamera depannya. Agak sharp dan mampu capture details gambar selfie anda. Ada juga fungsi untuk runcingkan muka kalau anda mahu. LOL.

selfie-1

selfie-cam

Ini pula contoh gambar makanan yang ditangkap menggunakan telefon ini. Nampaknya kamera ini berjaya menangkap ‘kesedapan’ makanan yang diambil. Butter chicken di QNA Republic ini memang win.

food-2

food-1

Secara jujurnya, usaha Samsung berjaya untuk menghasilkan sebuah smartphone mid-range dengan kebolehan kamera yang boleh dikatakan agak baik. Penggunaan material yang lebih premium berbanding model-model J Series sebelum ini dilihat berjaya dengan penggunaan material metal di bahagian belakang yang mana pada pendapat saya dilihat lebih kemas.

Samsung juga nampaknya telah mula improve di bahagian prestasi yang mana bukan sahaja J7 Prime hadir dengan spesifikasi yang lebih baik, malah Touch Wiz juga nampaknya lebih baik berbanding model-model Samsung sebelum ini.

Adakah smartphone ini sesuai buat anda? Jawapan saya jika anda sudah terbiasa dengan smartphone flagship daripada Samsung, Sony, HTC dan Apple seeloknya elakkan. Hal ini berikutan Samsung Galaxy J7 Prime tidak mahu memberi prestasi yang sama baik dari segi performance mahupun kualiti kamera. Perbezaan model-model ini juga agak ketara.

Namun jika anda seorang pengguna smartphone tidak kerap multitask, hanya menggunakan smartphone untuk aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan Instagram Samsung Galaxy J7 Prime dilihat tidak mempunyai masalah dalam hal ini.

Dari segi kamera, Samsung Galaxy J7 Prime dilihat berjaya untuk menghasilkan imej yang baik dan jelas sesuai dengan harganya. Sesuai dengan tagline Samsung bagi model ini iaitu ‘build for selfie’, saya merasakan model ini berjaya merealisasikannya dengan penyediaan yang baik di kedua-dua bahagian.

Dengan harga penjualan bermula dengan RM1,199 boleh saya katakan model ini sebagai model yang sesuai untuk didapati di dalam kategori mid-range serta sesuai untuk digunakan untuk kegunaan harian.

Dapatkannya di Lazada dengan promosi terkini dan anda berpeluang mendapat memori kad MicroSD Samsung 32GB Evo+ 80mb/s serta warranty tambahan selama setahun dengan setiap pembelian. Klik disini untuk mendapatkannya.