Hampir setahun Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan dan nampaknya model terbaru daripada siri Galaxy Note iaitu Galaxy Note 10 kini telah mempunyai tarikh rasmi pelancaran pada 7 Ogos ini.

Acara yang bakal dilancarkan di New York ini bakal menjawab beberapa tanda tanya melibatkan model ini baik dari segi spesifikasi mahupun kualiti kamera yang ditawarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, Samsung buat pertama kalinya bakal melancarkan dua model Samsung Galaxy Note 10 secara serentak dengan penawaran spesifikasi yang berbeza. Menurut CNET, Samsung Galaxy Note 10 bakal hadir dengan dua model dengan saiz skrin 6.28-inci dan 6.75-inci. Selain itu, model dengan saiz 6.75 -inci bakal turut menyokong rangkaian 5G.

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar dengan spesifikasi yang mantap serta saiz skrin yang besar, mungkin Samsung Galaxy Note 10 antara model yang perlu anda nantikan.