Mulai dilancarkan pada Ogos lalu sebagai telefon pintar terbaik pernah dihasilkan Samsung iaitu Galaxy Note 20 Ultra sehingga kini masih lagi menjadi rebutan peminat berikutan pakej lengkap yang ditawarkan.

Bukan sahaja memfokuskan kepada saiz semata-mata, model ini menawarkan lebih daripada sejumlah besar pengguna perlukan menerusi paparan skrinnya yang terang, kamera dengan lensa yang pelbagai serta penyertaan S Pen. Kami juga sempat menggunakan model penuh kuasa ini dan ini review daripada kami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan dan skrin

photo6186069056474426743

Mengulas dari segi rekaan, Samsung memilih rekaan yang tampak simple namun masih kekal moden dengan penyertaan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x.

Mungkin agak sukar untuk menggambarkan kualiti skrin Samsung Galaxy Note 20 melalui gambar yang diambil, namun sekiranya anda pernah melihat sendiri model ini, pastinya anda tahu betapa hebat paparan yang ditawarkan skrin daripada Samsung ini.

Spesifikasi

photo6186069056474426742

Samsung Galaxy Note 20 Ultra hadir dengan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X seperti model Galaxy Note 20. Paparan dengan refresh rate 120Hz antara yang ditawarkan. Dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh processor Exynos 990 serta turut dilengkapi dengan RAM 12GB beserta ruang ruang storan 256GB.

Menerusi siri terbaru ini, Samsung masih lagi mengekalkan DNA Samsung Galaxy Note dengan menawarkan skrin yang besar, spesifikasi terhebat serta stylus serba guna.

Kamera

photo6186069056474426740

Dilengkapi dengan tiga lensa beserta sensor yang besar nampaknya sudah cukup untuk membuktikan kemampuan model flagship daripada Samsung ini. Model ini dilengkapi dengan sensor 108-megapixel pada kamera utama dan dua sensor 12-megapixel pada lensa telephoto dan ultra-wide.

Penawaran lensa telephoto pada model ini membolehkan pengguna mengambil gambar sehingga 50x. Walau bagaimanapun, hasil yang terbaik pada jarak yang jauh masih lagi belum dapat dicapai. Gambar-gambar yang diambil secara kasual atau pada jarak yang biasa menggunakan lensa utama dilihat sangat cemerlang sekali.

Pengguna tidak lagi perlu merisaukan soal kecerahan dan sebagainya. Berdasarkan percubaan, kami lebih selesa untuk mengambil gambar dengan saiz 12-megapixel berbanding penggunaan sensor 108-megapixel. Hal ini kerana jarak perbezaan kualiti gambar tidak jauh bezanya.

Tidak dilupakan juga disebabkan saiz gambarnya yang terlalu besar untuk dimuat naik di media sosial. Berikut merupakan sampel gambar biasa, 10x zoom, 50x zoom serta hasil nightmode menggunakan Samsung Galaxy Note 20 Ultra.

20200926_071835

20200926_071844

20200926_071913

20200925_225319

Harga

Samsung Galaxy Note 20 Ultra mulai dilancarkan pada harga RM5,199. Sebuah harga yang premium bagi telefon pintar Android dan juga bagi Samsung sendiri. Namun melihatkan pakej lengkap serta peningkatan harga jenama telefon pintar yang lain membuatkan model ini releven untuk didapatkan buat para peminat.

Tiga bulan berlalu, model ini walau bagaimanapun sudah boleh didapatkan dengan harga yang lebih rendah menerusi penawar pengedar tidak rasmi beserta waranti daripada Samsung Malaysia. Menerusi tinjauan kami di laman Lazada, model ini sedia untuk didapatkan dengan harga serendah di RM3,798 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Adakah berbaloi?

image-6-1

Berbaloi sekiranya anda mahukan telefon pintar yang besar dan serba lengkap daripada telefon pintar Android. Sesuai dengan tajuk yang kami sertakan pada artikel ini, model ini menawarkan segalanya yang diperlukan pengguna sekaligus menjadi telefon pintar dengan sistem operasi Android terbaik bagi tahun 2020 bagi pendapat kami setakat ini.

Pengguna yang mendapatkan model ini pastinya tidak mengalami sebarang masalah melibatkan prestasi telefon pintar yang lembab atau gambar yang kurang berkualiti setidaknya untuk tiga tahun akan datang.

Dalam pada itu, sekiranya anda tidak mahu berbelanja besar serta merasakan telefon pintar bersaiz besar beserta stylus bukanlah keutamaan anda, model-model lain seperti siri Samsung Galaxy S20 atau OnePlus 8T antara yang boleh dipertimbangkan sebagai pilihan.

Jenama ini juga sempat memerli Apple yang tidak lagi menyertakan charger bersama iPhone.

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan ‘Charger’ Bersama iPhone, Apple Diperli Samsung Dan Xiaomi

Samsung Lancarkan Galaxy S20 Fan Edition Pada Harga RM3,399